Rabu, 31 Disember 2008

Kehidupan Lepas SPM

Dobry den. today is streda. 31 prosinec 08. ari ni takder buat aper2 duk umah je...sambung kisah aku lagi...

penghujung 1998 aku pulang ke rumah selepas beberapa minggu selesai SPM. minggu pertama aku duk umah tak buat aper2. rutin yg membazir masa aje...rasa rugi pulak bila masa dibazirkan tanpa perkara yg berfaedah...minggu kedua member aku ajak belajar komputer...hehe...aku setuju...kursus 2 minggu dgn harga RM200...boleh la...lg pun aku haram tak pernah guna komputer...takut je bila pegang komputer...kat maktab dulu ader belajar komputer tp semua aku tiru Radzie. bab komputer masa tu memang aku buta terus. nk tekan button on ni pun aku takut...ingat kan payah sangat...bila dah belajar senang rupanyer...ek eleh...

masa yg sama aku daftar amik lesen motor n kete...haha...aku amik lesen kat Tangkak ngan memember aku gak...so lepas belajar komputer sambung g tangkak ambik lesen...berulang alik la aku nak menghabiskan belajo bawak kete...naik bosan aku, tiap2 ari rutin yg samer je...sebulan jugak aku berulang alik Jasin Tangkak. akhirnya dapat gak lesen...lepas sebulan berlalu mula tak der aktiviti...memember ajak aku cari keje...mmm...oklah aku ikut je...so, cari la keje sana sini...tp tak dapat2...last2...satu petang tu, lepas Asar kat tangga masjid, aku menyembang ngan Epul...tetiba timbul idea nak jual burger, bincang punyer bincang last2 setuju.

kebetulan peralatan semua dah ader, Epul deal ngan saper ntah, nak cari tempat lak. pikir punyer pikir last2 pilih berniaga kat depan hospital, depan hospital Jasin ni ader gerai makan, tempat laluan budak2 balik dr sekolah pulak tu. okla tu kot. aper lagi pacak terus la payung, buka meja, start berniaga...hehe...minggu pertama berniaga memberangsangkan, aku jual burger, hotdog, nugget dan air. yg ramai beli biasa la budak2 sekolah. pagi sampai ptg berniaga, time nak solat benti jap. turun kan payung. settle...haha. duit je bawak sekali. aku berniaga ni hari Isnin sampai Jumaat je...

minggu kedua dah seronok berniaga...biasala bila untung memang la seronok. poket berisi...hehe. timbul pulak idea nak berniaga ari Sabtu ngan Ahad pulak, ntah macamana ntah jalan2 kat Kesang terjumpa kilang buat keropok lekor. kitaorg pun jumpa tokeh die, bagitau nak jual kopok lekor. then mula la tambah produk kopok lekor pulak. mula2 jual sekali ngan burger, hotdog, nugget ngan air, ntah macamana ntah bila dah start masuk pasar tani ngan pasar malam, kami jual kopok lekor je...tak menang tangan nak jual semua tu.

masuk bulan kedua aku jual kopok lekor sahaja...lokasi Sabtu pagi pasar tani, ptg sampai malam sambung pasar minggu Jasin, Ahad pulak pagi kat pasar tani, ptg sambung pasar minggu kat Bemban. hari2 lain tepi jalan je...cam biasa. full day berniaga penat pulak, takder rehat. paling penat Sabtu ngan Ahad, sebab pagi sampai tengah malam...disebabkan sambutan di pasar malam lebih menggalakkan kami stop berniaga tepi jalan. so, berniaga Sabtu ngan Ahad je. waktu berniaga kat pasar malam ni Cina jual buah ternampak aku, dieorg ajak aku join dieorg jual buah, aku tolak sbb aku dah ader kopok lekor aku.

tak cukup dgn tu kami cari tempat lain pulak yg ader pasar malam. mulanye dapat tahu kat Selandar hari Isnin ader pasar malam, so berniaga dah jadi tiga hari. Sabtu sampai Isnin. hari lain rehat. cadangan aku nak berniaga kat Merlimau hari jumaat dibatalkan sbb jauh. last2 sampai ke sudah tak tambah hari berniaga sbb nyer hari2 lain semua jauh2. tengah2 syok berniaga, tiba lah hari result SPM keluar. aku g la maktab aku ngan bapak aku g amik result. aku tak dapat jumpa member lama2 sbb bapak aku ader hal hari tu. lepas amik keputusan balik terus. Alhamdulillah dapat gak pangkat 1 agg 12.

aku berniaga ni takder la serius sgt. dr berniaga tepi jalan lima hari, jadi 7 hari bila tambah produk kopok lekor, then kurang pulak kepada dua hari sbb nak jual kopok lekor je kat pasar minggu dan pasar tani. pas tu tambah balik jadi 3 hari. berniaga ikut mood je. lagi pun nak isi masa terluang je. pengalaman berniaga ni yg aku ingat bila minyak terpercik kat tangan aku...masa tu nak goreng kopok lekor...ntah macamana ntah kopok lekor tu meletup, minyak panas tadi terpercik kena tangan aku. hampir separuh tangan aku kena. aku terpaksa la buat2 selamba walaupun panas gile sbb org tengah ramai nak beli time tu...malam tu ambik ko berbelang tangan aku. syg aku berniaga tak dapat lama...dalam 3 bulan aku berniaga aku terpaksa stop sbb kena saman...haha. biasala berniaga pasar malam takder lesen. aku tak bayar pun saman tu. lagi pun tak lama lepas dapat saman tu aku dapat surat tawaran g ATMA. masa ader lg lebih kurang dua bulan sebelum aku lapur ATMA. nak isi masa yg terluang tu aku kerja sementara kat kedai makan ngan Apis.

waktu lepas SPM ni banyak gak kenangan aku. alamat memembar yg aku simpan, aku tulis surat kat dieorg. ingat kan nak tulis kat semua. last2 tak larat. mana yg sempat jela. ader yg balas balik ader yg tak. lagi time raya alamat2 yg aku simpan tu aku send la kad raya. banyak giler aku hantar. tapi yg balas tak semua...hehe.

waktu lepas SPM ni la aku banyak excident. masa tu baru balik dr beli borang UPU ngan Apis, aku g beli ngan Apis naik motor bapak aku. balik dr beli borang UPU aku bawak Apis g jalan2 kg aku, aku tunjukkan ladang2 yg ader kt kg aku, ntah macamana ntah kat satu selekoh tu aku tak perasan motor dr arah bertentangan aku. apa lagi, dum! excident...nasib takder aper2. aku terus g repair motor bapak aku tu...hilangkan segala bukti2 excident...haha...

lagi sekali excident waktu hari raya pertama. family aku semua lepas solat raya semua dah balik kg. tinggal aku je sbb aku beraya kat Jasin dulu. dlm tengahari baru aku gerak balik kg naik motor. sampai kat kg Terentang kereta depan aku berhenti mengejut. aduh aku pulak follow dekat sangat. apalagi, sondol belakang kereta tu la. melambung aku, siap tergolek2 lagi lepas landing. haha...hilang terus sebelah sandle aku. maybe terpelanting kat dalam semak waktu aku melambung kot. nasib motor boleh start, aku start balik Jasin semula. kepada Padil la aku mengadu. tapi Padil tak percaya. aku bawak Padil g tengok motor baru dia percaya. baju pulak dah kotor. terpaksa la aku repair motor dulu bg menghilangkan bukti2 excident. haha...lepas repair, tukar baju baru balik kg. kedua2 excident ni family aku tak tahu...yg tahu hanya lah memember yg terlibat aje. haha...

adoi hai lagi satu malang bila aku bawak kete bapak aku g pej pos nak pos surat. aduh ntah macamana ntah aku salah budget, baru dapat lesen la katakan. ambik! aku langgar pagar pej pos. kemek bumper kete proton bapak aku...adoi...yg ni tak dapat den nak repair. terpaksa lah berterus terang ngan bapak aku. aku pulak guna kete dia tak mintak izin...sehari semalam kena bebel...haha...padan muka.

waktu lepas SPM ni jugak la aku mula minat hindustan...gamaknye...haha. satu ari tu aku lepak umah Dayat. lepak2 Dayat ajak tido umah die je. aku set je...pas tu Dayat pasang citer hindustan pulak. adoi hai mula2 aku kutuk...cam takder citer lain je. ntah macamana ntah aku boleh concentrate pulak layan. tu yg feeling tu. tajuk citer hindustan ni, Kuch Kuch Hota Hai...haha...

tu la lebih kurang kisah2 yg masih segar, saat2 lepas SPM dalam ingatan aku ni...ok lah, esok sambung citer aku masuk ATMA pulak...haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan