Jumaat, 12 Mac 2010

Sharp Shooter

Ari ni aku dapat berita menggembirakan. Isteri aku bagitau aku dah jadi ayah. Alhamdulillah...cepat sungguh Allah bagi rezeki padaku...Syukur.

Ari ni 12 Mac 2010. kandungan dah disahkan dah 4 minggu, bermakna dalam bulan November ni aku akan dapat anak. Wah! aku kena buat persiapan mulai sekarang....ape yg nak disiapkan ni? Waduh! mulai dari hari ni aku kena tanya memember yang dah mendahului aku, apa aku nak prepair...takder nanti last minit aku kelam kabut pulak.

Anyway....Alhamdulillah aku dapat rezeki yang tak mampu dinilaikan. Lepas ni aku punye tanggungjawab dah bertambah....aku harus bersedia.

Yang pasti aku sharp shooter....hehe....paham2 aje la.

Sabtu, 13 Februari 2010

Pernikahanku

Akhirnya setelah lama aku berkawan dengan si dia, sampai juga aku ke jinjang pelamin. Ceritanya bermula sewaktu aku mula berkenalan dengan si dia mulai 19 Feb 2002 sewaktu aku masih di UTM. Aku memang jatuh cinta pada saat itu. Cinta ini adalah cinta pertama aku yang aku nyatakan pada 10 Jan 2003.

Setelah aku berkawan dengan si dia hampir 8 tahun akhirnya tiba saat2 aku menyatakan hasratku pada kedua ibubapaku untuk berkahwin setelah pelbagai rintangan dan dugaan yang kami lalui. Setelah tamat pengajianku di UTM aku berhasrat mengumpul wang untuk berkahwin. aku memang tak mahu meminjam dari mana2 agensi hanya untuk berkahwin tapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Tuhan jua yang menentukan segalanya. Aku terbabit dengan beberapa siri pelaburan dan beberapa siri perniagaan yang tidak berhasil. Namun aku tetap berusaha mengumpul wang secukupnya. Alhamdulillah berkat doa dan rezeki yang dikurniakan-Nya padaku akhirnya pada pertengahan tahun 2009 wang yang aku kumpul sudah mencukupi untuk melangsungkan perkahwinanku.

Setelah mendapat restu dari orang tuaku, pada 31 Ogos 2009 ibu bapaku datang ke rumah si dia untuk merisik dengan sebentuk cincin sebagai tanda. Hasil pertemuan orang tuaku dan orang tua si dia mereka mendapat persetujuan untuk mengadakan majlis pertunangan pada 11 Okt 2009 dan akan menetapkan tarikh pernikahan pada majlis tersebut. Masa merisik ni aku datang ngan family aku aje. Cukup satu kereta.


merisik

Setelah sebulan lebih masa berlalu akhirnya masa yang ditunggu2 tiba, pada 11 Okt 2009 kami melangsungkan majlis pertunangan dengan sebentuk cincin sebagai tanda. Majlis diadakan secara kecil2an sahaja. Pada majlis ini pihak lelaki dan perempuan telah bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan pada 29 Jan 2010. Majlis persandingan sebelah perempuan akan diadakan keesokannya dan persandingan sebelah lelaki pada hari berikutnya. Masa tunang ni ramai jugak sedara mara aku ikut sekali. walaupun majlis dibuat kecil2an tp nampak meriah jugak. Masa tu aku pun tak kenal orang2 sebelah perempuan siapa yg ade. Bila sampai rumah aje aku bantai salam semua orang yg ade kat luar rumah. Tunjuk sopan santun la katakan. Hehehe....


tunang

Balik dari majlis tunang aku ngan family tak banyak masa nak buat persiapan. Aku hanya harapkan mak aku je. manala aku tahu sangat pasal hal2 kawin ni. Tak pernah seumur hidup aku sebelum ni ambil tahu pasal majlis2 kawin ni. Yang aku tahu datang majlis kawin mencekik je. 3 bulan persiapan Alhamdulillah masa tu mencukupi. Persiapan sehinggalah malam sebelum hari pernikahan. Malam sebelum nikah aku dipaksa pakai inai....alamak hai geli tul aku. tapi nak buat macamana habis adik beradik aku pegang tangan ngan kaki aku nak inaikan aku....last2 sepuluh jari aku dipakaikan inai. Padan muka. Orang paling sibuk confirm mak aku. Ye lah mana tak nye nak siapkan hantaran nak bawak esok.

Tanggal 29 Jan 2010 hari pernikahanku tiba. Aku datang sekeluarga ngan sedara mara aku sekali. Setelah semua rukun nikah mencukupi majlis pun bermula. Aku bernikah di surau taman si dia. Disebabkan gabra dek sentapan tangan pak imam aku melafazkan akad sebanyak dua kali. Habis majlis pernikahan adik beradik aku mengusik aku....menyesal aku lafaz sampai dua kali.


aku nikahkan dikau.....

Pada malam itu juga diadakan malam berinai. Apa lagi tukar baju la. Yang aku ni tak ader mak andam....nasib baik mak aku teror. Mak aku la yg tolong ikatkan sampin aku....Lepas pakai baju yg jingga tu aku berarak la ngan keluarga sebelah aku dari surau menuju ke rumah bakal bini aku. Sebelum masuk ke rumah bakal bini aku berarak sekali and then bersanding atas pelamin sama2. Orang kuat aku malam tu adik aku jugak. Lepas habis majlis ade majlis bergambar la pulak....dalam bilik pulak tu. Aku layan kan aje....


malam berinai


acara bergambar selepas sanding

Habis majlis malam tu aku sekeluarga balik semula ke rumah aku. Esok aku nak bersiap utk majlis sanding sebelah rumah perempuan pulak.

Esoknya 30 Jan 2010 pagi2 lagi aku dah bersiap. Biasala hari ni nak bersanding pulak. Orang paling sibuk dah tentulah mak aku. Nak siapkan lauk pauk untuk dikenduri rumah aku esoknya. Tengahari tu lepas semua dah get ready, aku sekeluarga dan sedara mara aku bertolak ke rumah pengantin perempuan. Sampai sana lepak umah bersanggah dulu, kemas2 apa yang patut. Dapat tahu pengantin perempuan dah ready je. Aku pun bersiap2 utk berarak. Pengantin perempuan sampai je kami pun berarak bersama2 dengan diiringi paluan kompang. Dekat sebelah perempuan ni tak ader tol....itu yang berarak sekali tu....nasib baik. Kalau tak pengapit aku naya laaaa..... habis berarak terus masuk rumah bersanding pulak.

Dalam rumah masa sanding macam biasa la sedara mara aku merenjis tepung tawar kat pengantin. Habis bersanding potong kek pulak.....habis potong kek apa lagi perut pun dah lapar.....mencekik la. Habis mencekik bini aku bawah aku kenal dengan sedara mara dia....family aku pulak beransur2 pulang....diaorg nak buat persiapan untuk sanding umah aku pulak esok. Boleh tahan ramai sedara mara bini aku ni....terkebil2 aku nak ingatkan sorang2....sudahnya, haram aku tak ingat langsung. Takpela nanti lama2 kenal la dengan diaorg ni. Habis majlis aku ngan bini aku bergambar pulak. Kami bergambar la di tempat2 yg menarik di sekitar taman tempat tinggal bini aku ni. Habis bergambar balik rumah semula, pinggan mangkuk....periuk pulak tunggu aku. Adei hai....layan kan ajela. Aku ngan bini aku la bertungkus lumus membasuh. Sabor jela....

Esoknya bangun pagi aku agak kekok nak berkemas. Biasa la beb....bukan umah aku, aku pun lum mesra lagi ngan family bini aku ni....itu yg slow je pergerakan aku. Tengahari tu aku ngan bini aku sekali dengan family dan sedara mara dia bergerak ke rumah aku pulak. Bersanding kat rumah aku pulak. Macam biasa lepas berarak....sanding.....potong kek.....mencekik......bergambar. Yang best nya ramai memember lama aku datang majlis aku ni. Terima kasih kepada yang hadir.

Selesai majlis berehat la aku sambil bergambar menghabiskan masa yang ader. Malam basuh periuk pulak. Layan sekali lagi...

Aku cuti kawin tak lama seminggu aje. Honeymoon pun tak kemana. Bini aku pun jenis tak kisah sangat. Kami cuma jumpa sedara mara aje untuk berkenalan. Beberapa hari kemudian aku ngan bini aku bertolah ke JB.

Aku terpaksa hidup berpisah dengan bini aku lepas ni disebabkan aku keja di Gemas, bini aku pulak keje di JB. Utk tak nak menyusahkan bini aku, biarlah aku yg berkorban. Buat masa ni kami menyewa sahaja di Taman Pulai Utama. Aku cuma masuk rumah cuci kaki aje sebab bini aku dah siapkan rumah ni awal2 lagi.

Kepada keluarga aku ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas restu dan pertolongan sepanjang majlis aku berlangsung mulai dari fasa persiapan sampai la solosai semuanya.

Kepada kawan2 aku terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan majlis aku. Cikgu aku pun ader datang sekali....terharu gitu....hehe. Rakan2 sekerja pun ramai yang datang....terima kasih aku ucapkan pada kalian semua.

Aku berharap dan berdoa semoga perkahwinan aku ini akan dihiasi dengan kebahgiaan dan rezeki yang melimpah ruah serta kekal ke akhir hayat InsyaAllah.....Amiinnnnn.