Selasa, 30 Disember 2008

MRSM Muar Batch 9798

Dobry den. today is utery. ari ni aku gunting rambut kul sepuluh seperti yg dijanjikan. speaking mcm biasa la ayam ngan itik. aku ckp Melayu, minah tu ckp Czech. aku siap bawak gambar aku lagi, nak tunjuk sampel rambut. nasib die paham. memang susah idup kat Czech ni kalau jumpa org Czech yg tak pandai ckp English. habis potong rambut aku g bandar ngan Man, Azri tak ikut sbb dia nak balik sambung tido. hajat aku ari ni nak cari money changer yg beli Euro tinggi. banyak gak la money changer yg aku tanya. mostly beli Euro pd kadar 26.0. last2 aku benti kat ader satu money changer ni. die setuju beli 26.3 aku tukar 2000 Euro, dapat la 52600Kc. rupanye tokeh money changer ni org Iraq. omar nama nyer. pas tukar aku g Tesco beli barang dapur then balik. skang depan laptop aku ni ha nak sambung buat blog hehe...ari ni nak citer kisah aku di MRSM pulak. check it out...

1997 aku dapat tawaran masuk MRSM Muar, dapat je tawaran aku persiapkan barang2 yg nak bawak g MRSM. lapor diri je aku dapat no maktab. no maktab aku 97041...aku kelas 4 sc 5, homeroom giga. nama adviser aku Pn Nooraini bte Abu Bakar. budak kelas aku 25 org semuanya...Wak, Radzie, Ijal, Mai, Norizan, Pojan, Azrul, Reza, Aidil, Shah, Wan Zuraimie, Wan Nazri, Jas, Kiah, Iashah, Ain, Ita, Leecot, Nolie, Aliya, Fiza, Aina, Nora, Che Pah...tu la bebudak kelas aku.

form 4 aku dok AAB, asrama aminudin baki. roomate aku masa ni Radzi Ieskandar bin Masiman. budak kelas aku gak. kat kelas pun duk sebelah2. masa form 4 ni cam biasa la jadi jr boring la sikit...tp ok. solat Subuh berjemaah wajib, lepas solat Subuh sarapan then bersiap g kelas. habis kelas makan tengahari, solat Zuhur. then berebut hantar dobi...haha. petang sukan...aku selalunyer main pingpong jer. habis sukan solat maghrib, sambung prep malam pulak. habis prep solat Isyak...br la lepak bilik. mcm tu la lebih kurang kehidupan aku kat MRSM. citer pasal form 4 ni kurang menarik la...tak banyak yg best. jadi budak skema je...boring tul. ragging pun tak mencabar...buat salah kena ketuk ketampi je...haha. lawak tul.

masa form 4 ni budak kelas aku ngan sc 14 ader buat rombongan g Melaka. ok gak g Melaka, walaupun aku dok Melaka, aku bukan penah merayau pun bandar Melaka ni. Shah la jadi tourist guide nyer. lagi, aku kelab pengakap. best bila join khemah tahunan kat Kelantan. siap ader budak pengakap Thailand lg. time camping ni banyak acara, yg best nyer banyak acara yg aku masuk menang...haha...hadiah2 aku menang semua ader lagi simpan kat umah. umah sukan aku umah perkasa. aku pun tak ingat dah acara ape aku masuk. aku memang tak berbakat ngan sukan2 ni. tak penah wakil sekolah pun. aku cuma suka bersukan aje.

aku mula perasan...bab belajo ni aku dah mula jadi malas. tak macam aku dulu2. tak macam aku duk STP. aku pun tak tau sbb aper. markah aku pun banyak yg hampeh2 je. pointer aku baper je. kengkadang kecewa ngan hasil yg aku dapat. mungkin ni antara sbb yg aku tak berapa seronok time form 4 kot.

1998 aku form 5...5 sc 5 pulak. pindah asrama baru. roomate aku Ijal, Najib ngan Chip (Zulham Sabudin). Ijal budak kelas aku, Najib sc 6, Chip pulak sc 4. duk asrama baru ni syok time malam bila berebut nak beli nasi seringgit...haha. boring duk bilik aku merayau bilik2 org. selalu aku duk lepak bilik Azmi sc 14, kacau die...haha. bila duk bilik ngadap Chip. katil aku sebelah katil die. aku pun tak paham la...mana aku pegi mesti aku ader geng tak boleh sebut "R" dgn baik. dr STP aku ader Budiman. masuk MRSM ni form 4 dok ngan Radzie...pun samer tak leh sebut "R". bila form 5 ni Chip pulak...Chip lagi teruk...dah tau tak leh sebut bukan nyer nak kontrol. kalau tak leh sebut 'Rumah' tu...sebut 'umah' dah la...hahaha...

tahun ni SPM...aduh aku belajar ntah ape2 ntah. lintang pukang, aku ingat lg markah2 aku kalau kira agg tak penah dapat pangkat satu pn masa form 4. aduh hai...sek jauh2 keputusan macam hampeh...beberapa bulan nak SPM baru la start struggle. lepas habis SPM je habis buku2 aku semua aku jual kat koperasi, tengok2 ader yuran bapak aku lupa bayar, dgn duit tu la aku bayar yuran tu. ader la lebih RM10. hari2 nak meninggalkan sek, ramai budak kelas aku amik add n no cntct memember. aku pn join sekali. tak silap aku, aku siap buat buku add memember tp buku tu dah hilang ntah kemana ntah. add roomate aku pun aku mintak sekali...tak lama kemudian pulang lah aku ke rumah meninggalkan MRSM Muar dengan seribu kenangan...aku happy dgn kwn2 yg baik2 belaka. belajar sama2. bila aku tak paham je, mesti ader yg dapat membantu. korang semua memang bijak2 la. teringat zaman duk AAB, zaman duk asrama baru. apa kan daya kita hanya mampu bersama selama 2 tahun sahaja.

balik umah saat2 yg mendebarkan bila ari nak keluar result SPM. haha...sebenor nye time MRSM ni aku ader minat sorg budak tu, tapi aku malas nak citer ar. time cuti sek aku ader tepon die tp menyembang je, bukan aku meluahkan perasaan pn. ntah la...tak bersedia kot masa tu. belajar pn lintang pukang nak bercinta. ceh! minah tu dah la sikit punye bijak. skang kat mana aku pun tak tahu. last aku tahu dia study kat oversea. Peh! memang bijak. skang ni pun aku rasa die ader kat sana (oversea) lg kot...hehe

dah esok sambung pulak...adios...nashledanou

Tiada ulasan:

Catat Ulasan