Sabtu, 27 Disember 2008

Pindah ke Kemendor

Dobry den. today is sobota. adoi hai asal tak leh tido ni..dah siang pun tak ngantuk lg ni...sambung menaip la. sambung mengenang kisah silam...

1992
aku pindah ke Felda Kemendor, masa tu darjah 5...tp masa pindah tu aku lum tukar sek lg...aku masih sek kat Kesang. cam biasa bapak aku la yg hantar n jemput. kali ni lalu jalan ladang kelapa sawit. short cut dr Felda Kemendor ke Kesang melalui Kg Kemengkang. kalau sekarang nak suh aku lalu sendiri harus aku sesat dalam ladang kelapa sawit tu...berbelit2 jalan die. nak dijadikan cerita satu ari tu nak balik dr sek waktu hujan...aku, adik aku duk belakang, bapak aku bawak motor. tiba2 terserempak ngan sekawan kerbau...bila lalu dekat kerbau2 ni semua toleh ke arah kami. aduh! tiba2 dua tiga ekor cuba nak menanduk dan menyerang kami. terbabas kami...jatuh dr motor...nasib sempat blah cepat2...selamat. tak lama lepas peristiwa tu aku dah tukar sek. Sek Keb Kemendor pulak. so, tak payah la lg nak lalu jln ladang kelapa sawit tu.

Sek Keb Kemendor ni budak2 die dr 2 kg jer. Felda Kemendor ngan Felda Air Kangkong. sek pagi ngan sek agama sama jer kawan2 aku. antara memember yg aku masih ingat nama nyer...Fuad, Nazri, Akhyar, Khairul, Zaki, Zulkeli, Khan, Jaja murai, Lin, Diana semut, Ita, Kamariah...ramai yg dah lupa nama...tp kalau jumpa aku boleh cam lg memember aku ni. duk kat felda ni aku takder kawan anak polis sbb sini pondok polis je. 2 anggota je. jiran aku anak dia bayi lagi. tu yg tak syoknyer. so, bila balik sek adik aku la jadi mangsa, jadi rakan menyepak bola. kat Kemendor ni aku rapat ngan Pak Kerol...dengan yang lain pun rapat jugak. kalau budak pompuan aku suka sakat si Jaja. Jaja ni mulut murai sikit...membebel je keje nye. tu yang syok menyakat dia...yang peliknya Jaja ni kat sek pagi tak menonjol sangat tapi kat sek agama menonjol pulak dia...exam no 1 tu....kalah aku. kadang2 berhajat jugak nak ngorat si Jaja ni...cun pulak tu...hehe...dulu la...skang ni ntah...lama dah tak jumpa dia. last aku rasa aku nampak dia masa aku jual keropok lekor kat pasar malam Jasin. skang ni ntah kat mana ntah dia....Jaja..Jaja.

citer pasal berniaga, bermula dr darjah 5 la aku berjinak2 berniaga. idea aku ke idea mak aku...aku pn dah lupa. aku berniaga jual kerepek, kacang, kerepek pedas, berjenis2 la...ikut mana yg laku...ambik kerepek ni semua kat Jasin. kat sek pagi mula2 aku jual dlm kelas...letak kerepek bawah meja. penuh ngan kerepek ajer bawah meja aku...last2 kantoi, cikgu suh aku hantar kat kantin. aku pn ckp kat pakcik kantin tu...tp kantin tu ambik dalal la...2 sen satu bungkus. so, pagi2 aku bawak la satu beg plastik besar yg penuh dgn kerepek...ala sek aku dekat jer ngan umah. lebih kurang 200m je kot. sek agama lg dekat...depan umah je. kat sek agama pun aku jual gak. sama jugak mula2 jual bawah meja...tp last2 kantoi gak. tp ustazah tak marah. memember siap beli makan masa kelas lg. ustazah pn beli gak. so, start darjah 5 duit kocek aku banyak sikit ar sbb dapat upah jual kerepek. jual 10 sen satu, aku ambik 2 sen lagi 8 sen bg mak aku nak buat pusing modal. kalau jual habis 40 bungkus dapat la 80 sen. aku siap berlagak lagi tak ambik duit belanja yg bapak aku tinggal atas meja sebelum die g keje. apa nak risau duit kepek ader...haha...hal jual kepek ni jadi ikutan pd adik2 aku. bagus la tu.

sek agama yg syok bila rehat...cam biasa la main. dulu femous main tenteng kejar. main tenteng kejar ni yg aku paling ingat bila aku terhempap kak Aziah, sbb masa tu main campur laki ngan pompuan. nak buat camana ustazah tak marah...hehe. masa tu yg kena kejar kumpulan aku. tiba turn aku kejar, aku pun kejar jela saper yg aku dapat kejar. kak Aziah main sekali tp dia team yg dikejar. ntah macamana ntah bila aku kejar dia, dia terjatuh, aku pulak terlanggar kaki dia dan terhempap la dia. berlaku lah gosip kat akak2 darjah 6 yg kaitkan aku ngan kak Aziah.


1993 aku naik darjah 6. UPSR la pulak...tak banyak yg aku ingat...ntah macamana ntah tiba2 je dapat 3A 1C. yg aku ingat bila nak amik result bapak aku ikut sekali. bila tengok result aku je bapak aku cakap "boleh tahan jugak ko ni Ran". itu yg membuat kan aku bangga kerna aku telah membuatkan bapak aku rasa bangga dgn kejayaan kecil aku ni.

oklah ni je kot yg aku ingat masa aku kecik2 dulu. stop dulu. jap lagi nak tengok bola pulak. ari ni liverpool, arsenal ngan chelsea main. aku nak tengok dieorg kalah supaya tak menggugat kejayaan Manchester ku. haha...nashledanou.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan