Sabtu, 27 Jun 2009

Aku Dah Balik.....Malaysia

Sekarang aku dah berada di Malaysia. Bila duduk2 teringat sewaktu aku berkelana di Czech. Banyak kenangan dah aku lakarkan di sana, secara keseluruhannya aku gembira di sana. Minggu lepas pun sebelum aku berangkat pulang aku sempat melawat Vienna.

Aku bergerak ke Vienna dari Brno menaiki bas. Tiket tak mahal cuma 200 Czech Crown. Basnye servis ok, siap ader hidang air lagi, macam biasa kopi satu. Sebelum bertolak aku dan kawan2 bawa la bekalan yg cukup, sebab kami plan g sehari aje. Turun bas aje kami pun buka la peta Vienna, terus berjalan ke stesyen Praterstern. lebih kurang LRT la tapi kat Vienna ni aku tak pasti apa namanya. Macam biasa sampai stesyen aku amik gambar...bukti aku dah sampai....haha


bergambar di depan stesyen Praterstern sebelum menuju ke bandar Vienna

Dari Praterstern kami terus ke pusat bandar. Keluar2 stesyen aje dah nampak kedai kebab...apa lagi bedal dulu kebab. Kebab ni dah sebati dah dalam kehidupan aku sepanjang duk kat Czech ni. mana tak nye ini aje makanan yg sah halal. yg lain tak berani try aku.


bergambar di depan kedai kebab

Lepas bedal kebab sambung lagi jalan2. jumpa pulak Masjid Hidayah. Kami pun solat dulu la, kang senang nak merayau2. Masjid ni pun sama macam masjid kat Brno, milik pak Arab jugak. Yang bagusnye Austria ni Islam diterima...dan geng2 Pak Arab ni bebas sebarkan Islam...banyak jugak aku jumpa kedai2 yg jual buku2 pasal Islam. Kira negara Austria ni open minded sikit la compare dgn Czech.


bergambar di hadapan Masjid Hidayah

Lepas solat kami sambung jalan2 sekitar Vienna, melawat la tempat2 yg dikatakan menarik....merujuk buku pelancong yg aku dapat....hehe. Sambil2 tu menyinggah makan aiskrim. Kat tengah bandar Vienna ni terdapat sebuah kedai aiskrim yg menarik ramai pelancong. besar kedai aiskrim ni. penuh sesak org yg datang semata2 nak beli aiskrim aje. Tengahari kelaparan kami singgah makan kebab lagi. Tengah2 makan kami disapa oleh sorang mat salleh ni...."awak org Malaysia" alamak mamat ni boleh ckap Melayu pulak....rupa2nya mamat ni org Bosnia. dia dah tinggal lama di Malaysia. Datang Vienna ni pun melancong bawa keluarga angkat dia di Malaysia sekali.


bergambar bersama mamat Bosnia


bergambar di perkarangan zoo Vienna

Petang untuk menghabiskan masa kami pergi ke zoo Vienna pulak. Habis melawat kami pun pulang semula ke Brno naik bas...sebelum berangkat ke Prague pulak untuk terbang ke Malaysia semula.

Itulah antara kenangan2 yg masih segar dalam ingatan aku. Ade jugak kenangan2 nakal aku semasa kat Czech.....hehe....biasa la lelaki.

Kat Brno lepas musim sejuk aku selalu pi berenang kat sekitar kawasan Brno, kadang2 kalau malas g jauh2 aku berenang kat taman sebelah aje. Kalau jauh pun aku suka pergi kolam renang kat Kravi Hora sbb kolam renang ni paling luas n dalam n yg paling penting ramai awek....haha. best tu sebab semua nye pakai bikini....kuang...kuang....kuang....

So, satu hari tu aku berkenalan la dengan sorang awek ni. Aku tegur dia sebelum masuk kolam renang...ok la minah ni peramah n friendly. Lenka nama dia. minah ni sebaya aku gak...dia akauntan. Sebelum aku kenal rapat ngan minah ni cam biasa la time berenang aku scan satu badan dulu. rezeki la katakan....hehe. tp bila dah mula rapat aku kena la bersopan sikit. bila dah rapat ni, macam2 aktiviti jugak la aku buat dengan dia...pi jalan makan angin sama2, makan tengahari sama2. Itu pun kalau minah ni ajak la. aku pusing2 Brno ni pun dia bawak dgn kereta dia....haha....dapat gak aku menumpang jalan2....kalau tidak asyik naik tram aje....bosan.


amacam serasi tak....Lenka n aku

Lagi sorang Veronika.....minah ni minah kampung. pendiam je orang nye. masa mula2 kenal dia ingat aku orang France..... haha.... lawaknye. Minah ni aku kenal2 gitu aje. lagi pun dia kurang sikit berbahasa Inggeris. so bila menyembang tu agak macam ayam ngan itik la.


Veronika n aku

Lain aktiviti yang agak nakal, biasa la duk negara orang ni habis semua aku explore....kalau g Prague tu hampir semua pub n strip club aku masuk....saje nak tau keadaan dalam dia. tapi bila dah masuk sekali syok pulak....hahaha....itu yg berkali2 masuk lagi tu.....haha.

Sekarang aku dah berada di Malaysia, semua tu hanya tinggal kenangan. Lepas ni aku kena pandang kehadapan. Lepas ni nak kahwin pulak, kerja pun dah confirm aku kena keje kat Gemas. Adoi hai Gemas...apa la yg bakal aku tempuhi kat Gemas nanti. Rasa malas pulak nak mula keje semula.

Selasa, 16 Jun 2009

Hari-hari Terakhir di Brno

Hari ni hari Selasa...aku hanya beberapa hari aje lagi berada di Brno sebelum aku berangkat pulang ke tanahairku. Bulan ni Universiti tempat aku belajar buat program lawatan ke tempat2 menarik sekitar Brno. Masa yg sama aku pun buat program aku sendiri menghabiskan masa yg ade sebelum pulang ke Malaysia.

Minggu yg sudah lecturer aku Mr Vesely bawa kami melawat Gua Macocha di utara Brno. Gua ni adalah salah satu tempat menarik yg boleh dilawati kalau datang ke Brno. Aku sempat la ambil beberapa gambar utk dijadikan kenang kenangan tp aku tak beli apa pun dtg sini sbb barang yg dijual mahal sangat. hehe.... Perjalanan dalam gua ni terpaksa la berjalan kaki melalui kawasan yg mana terdapat banyak kelawar. Sambil berjalan pemandu pelancong tak habis2 cerita pasalperihal dalam gua ni sbb setiap bahagian dalam gua ni ader kisahnye yg tersendiri. Sampai satu kawasan tu, terpaksa naik sampan sbb melalui kawasan yang berair pulak. Mula2 aku ingatkan sungai ni tak dalam rupa2nya dalam bangat tp aku dah lupa berapa kedalaman sungai ni. Yg best nye masa naik sampan aku duk sebelah pelancong pompuan. Aku memang saje setting bagi aku dapat duduk sebelah minah ni. ala2 manja sikit minah ni, mana tak nyer tengah2 sampan bergerak member dia daari belakang boleh cakap ader labah2 kat kaki dia. Sebab minah ni terkejut dia peluk aku. Hahaha best siut. Padahal member dia nak kena kan dia je. Itu je la sebeno nye yg best masa gi gua ni. hehe....


bergambar lepas sampai kawasan gua



bergambar sebelum masuk ke dalam gua


selesai bersampan tp terlepas nak bergambar ngan minah tadi...cis


bergambar sebelum pulang ke Brno

Aku juga sempat bergambar kat Masjid tempat aku solat jumaat tiap2 minggu. kat masjid ni jugak la tepat aku dapatkan ayam halal. kalau tak makan ikan ajela aku sepanjang tinggal kat Czech ni. Masjid ni hasil usaha pak Arab yg tinggal di Brno ni. kat sini ader beberapa Czech yg dah memeluk Islam. Semoga Islam akan terus menyinar di bumi Brno ini. Aminnnnn.....


bergambar di hadapan masjid Brno

Aku pun sempat merakamkan game futsal terakhir aku utk dijadikan kenang kenangan...yg pastinya main dengan mat salleh ni memang gile. takde out, takde subtitude, dari pukul 1 sampai 3 setengah...faedahnya aku fit gile....haha....time tu jela. dah balik Mesia ni pancit balik.


bergambar bersama team futsal


sedang menyerang


bertahan......

Lastly, semalam majlis perpisahan kami dengan lecturer. Malangnye gambar aku lupa nak ambil. Anyway thank you kepada semua lecturer yg mengajar aku, walaupun banyak yg aku tak paham....hehe. Esok pulak kami akan menginap di Prague beberapa hari sebelum berangkat ke Malaysia. Rancangnye nak g Vienna sebelum pulang ke Malaysia.

Isnin, 1 Jun 2009

Spring...

Spring baru berakhir...Summer pula bakal menyusul.

Sepanjang musim luruh selepas kawan2 aku pulang dari Mesia, banyak jugak la aktiviti yang aku dah kumpulkan untuk aku coretkan disini. Macam biasa bila habis cuti Februari ari tu kelas bermula semula untuk menghabiskan kursus aku kat sini. Bulan Mac yang lalu kelas banyak dengan lecturer aku bernama Dvoracek. Dia ni speaking fail. Terpaksa la dia guna penterjemah. So, dalam kelas bila kelas dia terpaksa la dengar dwi bahasa. Nak buat macamana...layan ajela. Yang syoknye dia ni suka bawa kami jalan2.

Satu hari tu lepas kelas dia ajak aku dan kawan2 aku g melawan salah satu bukit yang bersejarah kat Brno ni. Bukit ni aku lupa namanya. tapi bukit ni la tempat terakhir dimana Napolean berjaya menakluki Eropah. lebih kurang macam tu la ceritanye. aku pun tak amik kisah sangat bila dia cerita. Peduli apa aku nak amik tahu pasal Napolean pulak. Yang best nye tempat ni banyak angin...syok je layan angin yang sejuk kat sini.

Suatu hari lain pulak Dvorace ni ajak melawat ader satu kilang di Pardubice. Balik dari Pardubice singgah kat stesen minyak berehat kejap. Masa tengah berehat ni tiba2 aku terperasan sebuah kereta yang mirip kereta Satria tapi lambang nyer bukan lambang Proton. Aku cuba teliti kereta tu betul2, sedang aku tengah memerhati kereta tu, tuan punya kereta pun sampai. Melihatkan aku tengah melihat kereta nya dan melihat rauh wajah aku dia terus menyapa "from Malaysia" sambil menudingkan jari menanyakan kepada ku. ringkas aku menjawap "yup". Lantas dia membuat pengakuan yang kereta dia memang kereta buatan Mesia, cuma dia dah makeup tu yang nampak lain sikit tu. Aku hanya tersenyum mendengar penjelasan mamat tu.Tak sangka pulak aku boleh jumpa kereta buatan negara aku kat sini. Ingatkan tak dieksport kat Czech ni.

Tapi best nye lepas musim sejuk ni akunye aktiviti bertambah sikit. Selain aku main futsal aku g berenang tapi aku g sesorang aku je, sebab si Azrie ngan Man tak minat nak berenang ni. Kat Brno ni dua tempat la aku biasa pergi, satu kolam renang kat Lesna tak berapa jauh dari tempat tinggal aku, Cerna Pole. Lagi satu kat Kravi Hora. Yang ni best sikit sebab ramai awek. Hahaha....syok cuci mata. Biasa la Minah salleh semua berenang pakai bikini. Tapi kenangan aku berenang ni aku dapat sorang kawan pompuan. Lenka nama dia.


Lenka

Gambar ni masa aku tengah makan tengahari ngan dia kat restoran, tak jauh dari kolam renang kat Lesna. Selalu jugak la aku beraktiviti dengan si Lenka ni.

First time aku g Prague, Si Dvoracek yang bawak. subjek yang dia ajar dah habis tapi masa kuliah dia banyak lagi...itu yang dia bawak kami jalan2. Yang best nye free. Hahaha....

28 April, pagi2 lagi kami bertiga naik satu kereta dengan Dvoracek. Macam2 tempat yang dia bawak kami pusing2 termasuk la gereja. Untuk menjaga hati kami layan aje la.


bergambar di hadapan muzium


bergambar di atas Charles Bridge


bergambar di hadapan jam astronomi


Prague dari atas Menara Bukit Petrin

Disebabkan tak puas merayau kat Prague. Aku, Azrie nagn Man pergi semula ke Prague, nak makan angin punya pasal. Tapi kali ni lebih terancang. Kami tidur di salah sebuah rumah staf Embassy. 8hb Mei hari Jumaat kami bergerak ke Prague sekali lagi dan bermalam di sana. 9hb hari Sabtu kami pusing sekali lagi tempat2 yg belum habis pusing dengan Dvoracek.


bergambar di hadapan 'dancing building'


bersama kereta darling cabaret

Malam tu sempat lagi aku g darling cabaret. Saje nak tengok macamana gaya nye tiger show. Hahaha.... 10hb balik semula ke Brno sebab Isnin 11hb ade kelas semula. Rasa nyesal pulak tak turun Prague masa cuti bulan Feb ari tu.