Isnin, 29 Disember 2008

Pindah Jasin

Salam Maal Hijrah 1430...Apa Hijrah ku tahun ni?...hehe...belum pikir lg...haha.

Dobry den. today is pondeli. ari ni aku ingat nak gunting rambut, tak sangka pulak bila g kedai gunting rambut kena buat appointment kat Czech ni sbbnyer dah ader org booking. so, aku booking esok kul 10pg. lepas booking aku merayau kat bandar Brno, naik trem, tapi aku tak bayar tiket...haha...takde integriti tul aku ni. pusing2 bandar bila sejuk masuk jela mana2 bangunan yg dekat. badan dah panas balik aku sambung merayau. jalan2 tadi aku tengok money changer Euro dah jatuh... convert dgn Czech Crown 26.0. wah esok lepas gunting rambut boleh tukar ni. temperature ari ni minus 7. oklah sambung citer semalam...

1995
aku pindah Jasin. bapak aku posting balai Jasin pulak. kat Jasin ni aku duk blok B tingkat 4, tp lepas tu pindah blok C tingkat 2. time duk Jasin ni aku kwn ngan memember aku time cuti je, sbb aku duk asrama. memember aku Apis, Padil, Kamal, Nizam, aruah Marul, Mat, Dayat, Daud, Edi, Man, Wan n ramai lg. bile time cuti sekolah je mula la aku bersama ngan memember aku ni...ader je program buat. aku banyak habis masa ngan memember anak polis je. campur ngan memember luar bila main bola. main bola cam biasa kaki ayam je...tak penah beli kasut bola pun...haha...

banyak kenangan aku ngan memember kat balai Jasin ni. main lastik pakai batu la, malam2 main daun terup atas tangki air la. camping dlm hutan la...padahal dekat gila ngan umah, camping tepi surau...yg ni pun sama la, dlm kawasan balai je sebenor nyer, tp nak buat cm ner layan memember. mungkin sebab banyak main la kot PMR tak secemerlang masa tingkatan 1 dan 2. hehe...tp salah aku gak saper suruh tak study.

tiap2 malam lepak masjid ngan aruah cik Mat Noor. tolong cuci pinggan lepas moreh, lepas cuci pinggan lepak kat tangga sambil basuh motor. malas balik umah tido masjid je, esok lepas Subuh baru balik. hari minggu kurang sikit aktiviti sbb aku ikut cina jual buah kat pasar malam. cina ni gak yg bekal kepek aku. hehe...pasal jual buah ni, bila memember aku atau org2 yg aku kenal dtg nak beli mesti aku bagi lebih...hehe. aku aktif jual buah waktu cuti sek lepas PMR sebelum naik form 4. biasa la cari duit.

bila naik form 4 aku sek kat STP lagi sebelum masuk MRSM. g sek jalan kaki ngan memember. tp aku je yg sek STP yg lain sek kat SMDB. balik sek melepak, lepak kat shopping centre Jasin. malam cam biasa lepak masjid. tak pun lepak kat umah aruah Marul, menyembang sampai pagi. lepak umah aruah Marul ni mesti 4 org. aku, aruah Marul, Padil, Kamal. tp bila masuk MRSM kehidupan bila aku balik cuti dah tak sama...jual buah pun dah stop...hehe. nak berehat pulak.
kalau balik weekend pn duk melepak kat bawah blok B je. tak pun lepak kat umah aruah Marul. menyembang sampai pagi.

sama la jugak bila aku dah masuk ATMA...dah kurang meriah bila aku balik cuti. memember aku semua dah cari keje. memember yg lepak masjid pn dah kurang. padang bola pun dah kena konker ngan budak2 kecik je. yg selalu ngan aku masa ni Padil je. Apis kat ukm, Nizam dah sibuk ngan belia 4B nyer. Dayat sambung belajar gak...yg lain semua keje kat melaka. aruah Marul pulak lepas pindah melaka excident, meninggal tempat kejadian. segala2 nyer dah tak macam dulu. dah tak seronok macam zaman budak2. aku doakan semoga semua kawan2 aku berjaya. Aminnn...

mmm...oklah ngantuk dah ni. esok citer aku masuk MRSM pulak...hehe. jom tido...dobry veccer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan