Ahad, 11 Januari 2009

Selepas Tauliah

Selepas aku ditauliahkan aku ader 2 minggu cuti, masa cuti aku buat clearence. habis cuti dua minggu aku ngan Nuzul sama kor...lapor jabatanarah. duk kat jabatanarah seminggu pastu aku lapor unit aku 73WD kat terendak...nuzul lapor unit dia 74WD kat sg besi. aku duk mess 3 div. duk unit ni aku rapat ngan Arda ngan Roslan...skot aku gak. aku duk terendak ni kejap je...6 bulan then lapur kursus kat ijed. selama aku berada di terendak ni antara kenangan yg aku tak leh lupa bila akubawak team unit aku menang ragbi peringkat trup div. team aku rojak je tp final boleh kalahkan 2 KAD...haha. kisah keje aku rasa takder yg menarik kot...biasa je. yg best cuma pasak bumi...hehe. sepanjang aku berkhidmat ni baru sekali aku pasak bumi...sbb lepas unit ni aku posting under markas latihan ngan markas logistik je. bulan jun 2006 aku kursus kat ijed pulak.


kenangan bersama kawan2 di Melaka

aku kursus OLE 9 bulan sekali ngan Amin, Arjun, Shimi, Usop, Zul, Kimi, Ramli, Isham, Jana ngan Izura. sepanjang kursus bermacam2 aktiviti kena organize. aku minat bila sukan je...haha. futsal, bola sepak, bola tampar, bola sepak pantai...petang2 mandi pantai...haha. bulan disember 2006 aku ojt kat 4WM sampai januari 2007...2 bulan je. bulan febuari 2007 aku habis kursus...posting kl pulak, duk mk log, kump jlj.


team futsal rojak aku kat IJED

kat kump jlj ni aku duk so3 senjata sat, so3 pemeriksaan sat. Majmi la tempat aku merujuk...skot aku ni dh lama sikit servis dr aku. yang bestnya keje kat sini aku berpeluang tugas sementara di Sabah. masa duk kl ni jugak intek aku ader buat reunion kat Hotel Flamingo, Ampang...tp ramai yg tak datang. duk kl ni la dapat lama sikit tp baru setahun dua bulan aku posting lagi. bulan april 2008 aku posting Ulu Tiram, Johor pulak. duk pulada.

duk pulada syok nyer keje sampai kul 3 je sbb pusat latihan. petang2 dapat la aku bersukan...main badminton. kalau tak unit2 sebelum ni duk pulada ni aku berjaya bawak CKB naib juara pertandingan futsal peringkat pulada. masa final buat sekali hari keluarga. last2 komandan lantik aku jadi peg bola pulak. baru aku nak bergembira duk pulada ni aku kena g kursus lagi...kat Rep Czech pulak tu. adoi hai...lepas ni mana pulak la aku posting...tak pernah lama duk satu tempat...huahuahua.

tanggal 6 oktober 2008 aku berangkat ke Brno, Czech Rep. dan sekarang aku tengah running kursus aku ni...haha. rutin aku duk sini tiap2 hari hampir sama ajer. isnin sampai jumaat aku kursus 8pagi sampai 11pagi. balik masak tengahari, then main internet sampai tido. makan malam masak sendiri jugak. sekali sekala je makan kat luar. beli barang dapur semua ikut dan je...kejap beli kat Tesco...kejap beli kat aAlbert...kejap beli kat Billa...kejap beli kat Kauflan. kalau rajin berjalan aku g bandar pusing2 makan angin. hari isnin ngan rabu main futsal ngan mat salleh kat sini. sabtu ahad lepak umah je. aku sampai sini ari tu musim luruh, suhu pun below 10. lama gak aku nak biasa ngan cuaca sejuk ni...sekarang ni dah musim sejuk pulak. dapat la aku main salji yg takder kat mesia...huhu. musim sejuk ni kalau pusing2 bandar aku tak tahan sejuk je masuk bangunan...dah ok sambung berjalan balik. dah jemu gak aku duk pusing bandar Brno ni...rasa nak merayau g Prague pulak...haha. bandar brno ni bandar kedua terbesar kat Czech. Prague bandar terbesar...maybe after this aku sampai gak kat Prague tu. suhu kat sini sepanjang musim sejuk same je...siang minus 5 malam minus 11. mostly everyday minus la. minggu ni minggu terakhir aku kursus sebelum aku praktikal dua minggu. oklah esok aku ader kelas, jom tido.


kawasan penginapan aku pada musim luruh


bergambar sebelum ke kelas


pusing-pusing Brno selepas habis kelas


on the way balik ke rumah lepas shoping di Tesco

Sabtu, 10 Januari 2009

Tauliah Jugak Aku Akhirnya

dah seminggu aku berehat dari menulis blog aku ni...seminggu ni takder ape yg seronok dlm hidup aku...aku sambung kisah aku...check it out.

23 dis 2004 aku geng2 extend semua dah selamat menghabiskan subjek2 yg menyiksakan bergerak balik ke Sg Besi dgn keretapi...pakai waren. lepas tu berminggu2 aku duk Sg Besi tak buat ape2. aku menunggu bila aku kena g LKPT. skot aku yg lum pegi LKPT darat aku ngan Nuzul je masa tu. tunggu punye tunggu tiba lah masa nye aku kena lapor utk LKPT. aku, Nuzul ngan Begong 2004. kami bertiga kena join ngan kadet 69...join latihan akhir diaorg sbb nak tunggu intek 2005 nye LKPT lama lagi. kami pun bergerak melapur ke KTD di Ulu Tiram.

sampai KTD kami dipisahkan...aku duk ngan Alam Shah...Nuzul Abdul Rahman...Begong ngan kompeni Syed Putra. bermulalah aku bertiga memulakan latihan bersama kawan2 baru. aku ingatkan teruk sangat...rilek rupanyer...hehe. tp boring la sbb jadual pack. masa kami sampai intek 69 ni belum masuk latihan akhir lagi. kami pun ikut jela latihan yg disediakan...masuk kelas...tewt...sukan.

banyak gak la aktiviti yg aku join sekali. bermula ngan sukan bola tampar, lepas tu rempuh halangan, menembak ngan tinju. sampai lah masuk ke latihan akhir...CW dan CIW. lepas 3 bulan latihan bersama, intek 69 dah mula buat latihan perbarisan utk hari pentauliahan dieorg. aku, Nuzul ngan Begong buat persiapan utk balik ATMA semula. hari nak blah kami bersalaman ngan kompeni masing2. banyak gak lah kenangan masa latihan bersama ngan intek 69 ni...show parade...change parade sama2...kena belasah time CW..CIW...haha. aku masih ingat semua tu.

tiba Sg Besi aku duk ngan Begong satu bilik kat Lembah Delta. kehidupan aku berubah dr kalut dgn latihan kepada rilek menunggu hari ditauliahkan. aku attach ngan skuadron Bravo intek 2001...bantu jurulatih la konon2 nyer. padahal takder buat aper2 pun. sepanjang aku duk Sg Besi ni banyak aktiviti yg aku sertai. g gunung tahan...sukan 4 penjuru...g terengganu sempena pameran kerjaya ngan sambut ADFA dtg melawat ATMA.

bulan jun aku join g gunung tahan. aku, Nuzul, Zuhdi, Kiwan, Kubong, Fuad, Atan, Pook, Nuar...semua ni skot aku. kami join reramai g gunung tahan. kami naik puncak gunung melalui Sungai Relau. berlumba2 aku naik gunung tahan ni. sampai atas sejuk giler. angin kuat yg buat sejuk tu. tidur semalam kat puncak...puas bergambar turun balik. memang seronok la g gunung tahan ni. mungkin akan datang kalau aku free aku nak g lagi.


kenangan di Taman Negara Gunung Tahan


bergambar di pertengahan pendakian ke puncak Gunung Tahan


Di Puncak Gunung Tahan

bulan julai aku g sukan 4 penjuru antara ATMA, KTD, KTL, KTU. aku ngan Fuad kena follow team aATMA utk sukan 4 penjuru ni. aku bukan jadi atlit pun...jadi penyibuk jer...haha. ATMA menang keseluruhan hasil kemenangan bola sepak dan ragbi. bola jaring ngan rempuh halangan kalah dgn KTD. bulan yg sama gak ader pameran kerjaya kat terengganu. aku kena ikut buat promosi utk ATMA. aku, Fuad, Kubong ngan Syed Abu kena conduct promosi ni. yg tak best nyer pergi sana naik truck 3 tan...haha.

bulan september ada lawatan dr ADFA. kadet Australia ni sajer je buat lawatan...waktu ni aku patut nye involve sekali tp aku menuang...haha. bulan ni gak aku dah dapat Kor yg bakal aku lapor. masa ni dah tinggal 10 org je skot aku...tu pun campur ngan 3 org 2004. bulan tu standby je la bila akan diberitahu utk tauliah. memang serabut la masa tu...tarikh tauliah pun tak tahu lagi. darat ader 3 org je...aku, Nuzul ngan Begong. bila aku kenang2 kan dalam seratus lebih skot aku...80 lebih org darat...tinggal aku ngan Nuzul yg terakhir komisyen...haha...kokap tul aku. adoi hai.

last2 komisyen gak aku pada tanggal 14 Oktober 2005 bersamaan 10 Ramadhan 1426H. aku telah ditauliahkan ke Kor JLJD dgn unit pertama aku 73WD. aku komisyen dlm dewan je...nak kawad apa nyer, 10 org je...haha. itu la kisah2 aku kat ATMA...Aku Tersilap Masuk Askar...huhu. adios.

Ahad, 4 Januari 2009

Jalinan Mulia

ari ni last cuti tahun baru...esok sambung kursus balik. rasa malas pulak nak start kursus semula bila lama dah cuti...aku nak sambung kisah aku dengan Jalinan Mulia Sdn Bhd.

kisah ni bermula masa aku dok Skudai. suatu petang tu cam biasa aku nak g main hoki. Meor ajak ikut dia, kata nya dengar ade bisnes baru. aku menolak sebab aku nak main hoki...aku pesan kat Meor, balik nanti citer kat aku. so, aku pun bersukan lah dulu. malam tu masa rehat2 kat bilik aku tanya pasal bisnes yg Meor dengor...Meor roomate aku masa extend sebelum dia komisyen. so, Meor citer la serba sedikit. Meor suh tanya Kubong sbb yg bagitau bisnes ni pun abg ipar dia. so, aku turun bilik Kubong tanya lebih lanjut. ringkasnye bisnes 10%...huhu. utk tahu lebih lanjut esok malam brother tu dtg kat bilik Kubong. ok...esok aku dengar sekali lagi...aku buat keputusan. aku dah paham dah sebenarnyer berdasarkan citer Kubong tp esok aku nak dengar sendiri dr brother tu. balik bilik aku berkira2 sikit.


Team hoki di Skudai

esoknya tanggal 1 mei 2004 aku g bank keluarkn duit aku RMxxxxx. standby mana nak tau malam ni ok ker bisnesnyer. malam tu di bilik Kubong, brother ni dtg dua org. so, bermula la brother ni story bermula dgn citer bagaimana mereka mula berniaga sehingga timbulnye 10% ni. aku mendengar dgn penuh minat. habis citer aku join terus. bukan aku sorang semua memember yg ader dlm bilik Kubong tu join. lepas join brother ni blah tp dia pesan senang2 telepon dia dan dia ajak g opis sekali. brother ni ader opis di Taman U.


opis di Taman U

esoknya aku mesej2 ngan brother ni. bermula dr saat itu aku mula akrab dgn brother ni. Abu Bakar bin Mohd (aruah) dan Hairudi bin Ahmad...owner kepada syarikat Jalinan Mulia Sdn Bhd. so dari hari ke hari aku makin akrab dgn aruah dan brother rudi ni. boleh dikatakan tiap2 hari kami bertemu dan bersembang2. selalunye kalau aruah turun JB dr KL mesti dia telepon aku suh lepak opis. aku ajak Nuzul sekali melepak kat opis. sampai tidur sekali kat opis. sepanjang perkenalan aku dan aruah...aruah ni memang baik. dia memang berniaga dgn jujur. tak salah aku membuat keputusan utk join dgn Jalinan Mulia ni. hasil dr join Jalinan Mulia ni...rezeki aku pun makin bertambah. aku sebarkan pulak hal ni kat kg. so, family ngan sedara mara aku pun join jugak.

yg rapat ngan aruah masa tu aku, Nuzul ngan Alwi...kami bertiga selalu g opis kat Tmn U bila aruah turun JB. kalau aruah ader kerja di Singapore pun, balik dr kerja mesti die telepon aku ajak jumpa...minum2...tido opis. bila duk bersama, dia citer berkaitan bisnes JMSB...apa status dan progres projek2 yg sedang berjalan. aku selalu dengar dgn penuh minat. masa ni aku mula minat semula nak berniaga...aku teringat masa zaman aku sek jual kepek...zaman aku lepas SPM jual kopok lekor. aku nak belajar dari aruah macam mana nak berniaga. hasil dr perkenalan ni jugak tak lama lepas tu aku beli kereta...JHR 1453.


Jamuan makan sponser by JMSB

bila ader kete ni aku sebar2kan pulak citer 10% ni kat skot2 aku yg dah keje. dr JB aku turun Kluang...Melaka...PD...KL. ramai gak la skot yg join. masa tu aku niat nak membantu JMSB dan nak kongsi ape yg aku ader dgn skot2. tindakan aku ni membuatkan aruah rasa bangga...dia pernah cakap kat aku yg dia bangga kenal aku. aku pun berterima kasih sbb akrab dgn dia...aku dapat tau serba sedikit selok belok berniaga. memang waktu tu aku ader niat nak belajar berniaga ngan dia...aku memang minat bisnes tp dah menyimpang sebab masuk atma.

bulan 12 2004 aku kena balik Sg Besi...time ni aruah pesan jgn lost contact. dia ader panggil aku bagi nasihat utk plan masa depan mulai sekarang... tambah ilmu pengetahuan secukup nye... senang2 singgah opis KL. duk KL aku dapat luangkan masa ngan diaorg ari sabtu ahad jer. aku lepak g umah dieorg kat Gurney High...opis kat Danau Kota. sampai masa aku kena g LKPT kat Ulu Tiram pulak. masa ni aku dah kurang jumpa ngan aruah sebab sibuk ngan latihan.


aku dan awek aku di opis Danau Kota, KL


bersama kawan2 aku di opis Danau Kota, KL

satu hari tu aruah ajak jumpa sebab dia nak g UK atas urusan bisnes. aku, Nuzul ngan Alwi g jumpa aruah kat umah sewa aruah kat Tmn Pulai. dalam pertemuan yg sekejap ni kami berpeluk seperti sahabat yg akrab. aku tak sangka rupa2nya ini lah pertemuan aku yg terakhir dgn nya. selepas pertemuan ini, beliau berangkat ke UK beberapa hari kemudian. aku ngan Nuzul balik kem sambung latihan. Alwi stay rumah aruah...dia ade PSM masa tu. masa aruah kat UK beliau ader sms aku khabar kan berita gembira pasal bisnes.

2 ke 3 hari selepas aruah balik dr UK aku dapat berita buruk. bang Azmi tepon aku bagitau aruah excident. aku bergegas balik Melaka umah aruah ngan Nuzul. stop latihan kejap. sampai umah aruah dah lewat...aruah dah selamat dikebumikan. family ngan skot2 aku semua dtg sekali. aku tak sangka persahabatan aku dgn aruah sesingkat ini. semoga roh aruah dicucuri rahmat hendakNya. Aminnn....


kenangan bersama aruah masih segar dalam ingatanku

Sabtu, 3 Januari 2009

Cinta Pandang Pertama

ari ni aku nak citer kisah cinta aku pulak...huhu. aku sebelum ni kalau nak tahu tak pernah bercinta pun. minat kat pompuan tu ader la, tp aku tak tackle pun. kat maktab dulu pun ader minat kat sorang minah tu. tp aku setakat tepon sembang2 biasa je bila dia balik umah cuti. huhu...minah ni boleh minat Iklim pulak sdg kan aku muzik kureng masa tu. okla...kisah cinta aku begini.

cerita nyer bermula pada tanggal 30 jun 2002 di bangunan SUB kat kedai photostate. ari tu aku ngan Yusri nak g photostate nota kat bangunan SUB. cam biasa kena tunggu la sbb aku nak ari tu gak. masa tengah tunggu tu dtg la ader sorg minah ni berdiri kat cermin kedai photostate tu. dia pun nak photostate kot. aku masa tu tengah duduk kat kerusi, sajer je la aku baca2 tulisan kat belakang baju minah ni. minah ni pakai baju merah jambu tp aku dah lupa apa yg tertulis kat baju dia. lepas baca aku toleh ke arah cermin kedai pulak...haha rupanye minah ni tengah jeling kat aku...agaknyer die marah kot aku baca2 tulisan kat belakang baju dia. itu yg dia jeling ikut pantulan cermin kedai tu. aku cuma tersengih2 sbb terkantoi...haha. lepas peristiwa ni kehidupan aku kembali seperti biasa.

aku dok s38 masa tu...petang2 cam biasa la main hoki...tu je la sukan aku. aku join main futsal bila hoki tak cukup org je. peristiwa kedua pula berlaku waktu aku ternampak minah ni masa aku tengah baris nak g makan tengahari...aik masa tu aku teringat yg minah ni aku jumpa kat bangunan SUB...dok kolej yg sama rupanyer kita...then masa nak g makan aku follow...sajer nak tahu dia duk mana...tengok2 dia duk s15. pulak dah. satu blok ngan Aliya. budak kelas aku masa kat maktab dulu. adoi hai...tp masa tu aku rilek je.

kali ketiga aku jumpa lagi minah ni. kali ni kat bangunan akademik pulak. peh! ni makin dekat ni, semua cam nak sama jer...huhu. lepas peristiwa tu...aku terpikir2 macam mana nak tackle minah ni. dah la aku tak expert bab2 tackle pompuan ni. dapat satu idea. minggu depan nyer...aku cam kan memember laki dia. minggu seterusnya aku pun tegur la salah sorg mamat yg satu kelas ngan dia ni. Muzammil nama nyer...haha.

kebetulan pulak mamat ni pun sama kolej ngan aku. aku pun merapatkan diri ngan mamat ni. mamat ni pun ok jer pergaulan die ngan aku. bila dah rasa sesuai aku pun tanya la mamat ni saper nama minah ni...haha. baru la aku tahu nama minah ni...Marzaini bte Mohammad. tq Muzammil...gua caya lu. lepas dah dapat tahu nama minah ni aku cari la nama dia kat board2 yg ader kat bangunan FKE utk tahu maklumat lain pulak. jumpa la nama dia...alamak ic dia 830514xxxxxx...hehe sama besday la pulak. ni dah kira makin dekat ni...banyak persamaan...haha

satu ari tu aku follow minah ni masa nak balik makan tengahari. minah ni jalan ngan kawan2 dia. sampai kat tepi jalan dekat ngan blok s40 sebelum melintas aku tegur minah ni...aduh hai sombong giler...tak nak layan tu. malunya aku...memember dia dah gelak2 je nengok aku tak dilayan...haha. aku kena positif...biasala pompuan tak kenal tak kan nak layan kan.

peristiwa seterusnya, kolej 6 iaitu kolej tempat ATMA menumpang ader anjur acara tahunan. aku lupa dah apa nama acara ni. dekat seminggu jugak berlangsung. tiap2 malam ader gerai2 jualan. so, tiap2 malam merayau la aku kat kawasan gerai2 ni...mana tahu jumpa lagi minah ni. aku nak tackle jugak. haha...nak dijadikan cerita. jumpa jugak akhirnya. aku pun menegur dgn sebaik2nya...nasib baik kali ni dia layan. aku pun bersembang2 buat seketika. utk bagi dia ingat kat aku, aku buat pengakuan yg aku la insan yg tegur dia masa kat tepi jalan ari tu. sebelum berpisah aku mintak no telepon. berat gak dia nak bagi. tp last2 dia bagi gak lepas aku pujuk dia...haha.

lepas peristiwa tu berkenalan la aku ngan dia melalui telepon ajer...tiap2 kali bila aku ajak makan mesti dia tak nak. payah betul la...cam ner nak dating ni...haha. sampai la ketibaan hari raya yg ditunggu2. raya tahun 2002 Pian ngan awek dia si Herda dtg raya umah aku. lepas Pian raya umah aku, kami g raya umah minah ni...lupa pulak nak bagitau...minah ni umah dia kat Merlimau...dekat je ngan tangkak, umah aku. masa raya kat umah dia ni la berlaku peristiwa yg memalukan tp menaikkan saham aku...haha. aku pecahkan cawan...aku bukan sengaja sebenarnya. berulang kali gak la aku mintak maaf kat mak dia... "makcik...mintak maaf...tak sengaja ni..." ...Pian lak kutuk2 aku "oi, ko pecahkan cawan ni nak amik hati ker aper" adoi hai...tebal je muka aku masa tu.

lepas peristiwa ni baru la si minah ni mula menerima kehadiran aku. satu hari tu aku ajak minah ni keluar makan kat stable. kali ni dia setuju. masa tu 9 januari 2003. masa ni la aku meluahkan hasrat sebenar aku. aku telah mengakui mencintainya. cinta pandang pertama... huahuahua... esoknya 10 januari 2003 di tempat yg sama aku bagitau lagi sekali yg aku memang meminatinya...hehe.

sejak dari tu selalu la lepas sarapan aku bagi dia roti dan jem yg tak habis kat dewan makan aku. kengkadang aku tapau kan buah...biasa nye buah jambu. kengkadang jugak aku tapaukan mee, atas mee tu aku letak sos, aku tulis i love u...haha. jiwang bangat dong. time ni la aku yg tak penah g library boleh g library pulak ngan dia. teman kan dia study...haha, aku je yg tak study. petang2 mana roti yg dah expired kitaorg bg ikan makan kat tasik. tp petang yg bila hoki tak cukup org la...hoki aku tak leh miss beb...sukan kegemaran tu. ari sabtu ahad kalau rajin, pagi tu joging sama2. yg boring nye bila joging ni dia je yg berpeluh aku haram setitik peluh pun tak keluar. slow sgt joging...aku ni jenis nak keluar peluh kena ambil masa yg lama sikit. itu la antara aktiviti zaman aku bercinta.

19 ogos 2004 aku ader rezeki lebih sikit...aku beli kereta. bila ader kereta ni panjang la langkah aku. selalu gak la aku makan kat Tmn U. kenangan masa bercinta ni aku penah ajar die bawak kereta...tp aku emosional giler time mengajar. silap je kena marah. bukan aper beb kete baru tu...aku penah ajar sambil marah2 sampai nangis minah ni...kejam tul aku. terus tak lalu nak makan...haha. satu hari tu, aku bagi dia bawak kete. masa tu baru pandai sikit2 minah ni. masa tu nak masuk UTM ikut gate depan. bila lalu kat guarde minah ni slow kan kete, then bila nak jalan balik dia tak pandai nak kontrol sbb naik bukit. kat belakang ader motor...kereta pulak reverse, apelagi pecah la mudguard motor sahabat tu. terpaksa la aku g settle kan. lepas settle nak balik aku bawa semula. tapi minah ni pelik...dia tanya "asal tak marah" ...dengan agak sedih aku jawab "dah berlaku nak marah buat aper...beringat je la jgn buat lagi" ...hehe.

tak lama lepas tu aku dah bergerak ke Sg Besi pulak. lepas aku pindah Sg Besi aku dah jarang dating sampai lah ke hari ni... tp aku masih setia begitu juga dgn si dia. kami dah berjanji akan bersama... cuma masa masih belum mengizinkan. aku tengah kumpul duit ni...aku tak nak kahwin pinjam bank...buat loan. cukup lah masalah yg aku dah ader ni...aku tak mau tambah lagi...tu sbb aku tak kawin2 lagi ni. aku sedang berusaha utk selesaikan masalah aku dan mengubah kehidupan aku kepada yg lebih baik. aku yakin aku mampu lakukan...Aminnn.


ni la gambo awek aku


ni gambo masa aku dating ngan awek aku kat Taman Linear, JB


comel tak awek aku?.....

Jumaat, 2 Januari 2009

Kehidupanku di Skudai

ari ni salji turun. temperature minus 7...sejukkk. ok sambung citer kisah aku di skudai pulak.
gambar skot 2003 di Skudai

pertengahan 2001 aku pindah study kat UTM pulak, sbbnyer ATMA punyer fasiliti masih tak mencukupi. bergerak la aku ngan geng2 Engineering yg lain melapor ke Skudai. m
aka bermulalah kehidupan aku di Skudai. aku duk bilik besar masa ni. duk ramai2. semester bermula cam biasa...aku dah tahun 3 masa ni. masa ni baru la jumpa balik geng2 aku masa kat maktab dulu. semester ni aku amik subjek kenegaraan, basic control, elektronik 3, mikro p, dsp ngan persamaan pembeza. malang sekali bila aku gagal dsp. padan muka siapa suh malas study...haha. start pindah skudai ni la banyak betul subjek2 yg aku tak paham. tiap2 sem mesti ader subjek kantoi. berpeluh2 nak bg clear...haha. sem ni yg best nyer bila senior kantoi bawak motor, semua intek kena belasah dr kul 7 sampai kul 1 tengahari...malu je ngan awek2 utm yg lalu lalang...haha. lebih2 lagi bila x-classmate aku masa kat maktab, Aliya nampak aku kena belasah....adoi hai.


kenangan di bilik aku di Skudai


Bersama kawan2

habis sem cuti pertengahan sem pulak. masa ni balik sg besi. senior 2001 tauliah. dulu masa aku duk sg besi cuak jer bila senior skudai turun...tp kali ni aku pulak la turun skudai, tak tau la aper jr2 sg besi ni rasa...haha. masa ni penginapan kat kontena. dua tahun sudah aku tak terlibat secara langsung ngan perbarisan. tahun ni pun sama gak. haha...memang kaki tuang tul aku ni. aku memang tak minat kawad2 ni. panas...huhu. aku masih mengekalkan taktik menuang. habis majlis pentauliahan geng2 skudai balik semula skudai.
bergambar di hadapan bilik aku

sambung balik semester kedua tahun 3. belajar cam biasa. aku amik subjek kontrol, sistem digit, com, kaedah berangka ngan dsp yg aku gagal sem lepas. aku mula risau pasal tempat praktikal. aku pun tak tau nak praktikal mana masa ni. tak der idea. bila habis semester kedua ni baru la nak terhegeh2 cari tempat praktikal. last2 dapatla aku tempat praktikal di Sapura Teknologi Sdn Bhd anak syarikat Sapura Holding. result pulak teruk...aku gagal dua subjek kali ni. adoi hai. kontrol ngan com.

Sapura tempat aku praktikal ni kat Sg Besi. praktikal aku kejap je dr bulan mei 2002 hingga julai 2002. masa praktikal ni aku duk menginap kat blok G. tempat tinggal lama aku dulu. aku praktikal sekali ngan Kubong ngan Pak Aji. skot aku dua org ni sama tempat. aku je terasing sorang2. Kubong ngan Pak Aji bawa moto, aku je takder ape2. so kubong pinjamkan motor dia kat aku. adviser aku Mej (B) Jailani. dia Manager utk STSB masa tu. sekarang ni dgr citer die dah naik pangkat...tak tau la pulak jawatan aper sekarang ni. aku
praktikal kat HQ sapura teknologi ni kejap je...dlm 2 minggu, pastu attach kat Keramat dua minggu pulak. bulan kedua aku dihantar ke TUDM Butterworth selama 2 minggu dan 2 minggu lagi kat TUDM Kuantan utk study simulator sbb nyer simulator ni Sapura yg buat maintenance. balik dr butterworth ngan Kuantan cam biasa tinggal lagi sebulan buat report hantar. habis praktikal aku n the geng kembali ke Skudai.

sambung semester, tahun 4 pulak. diam tak diam dah tahun 4 dah. kali ni aku amik balik kontrol, campur EMT, pengawal terbenam, vlsi ngan psm 1. com ilek dulu...hutang dulu...haha. banyak main tul aku duk Skudai ni. habis sem cam biasa mesti ader kantoi. kali ni kantoi subjek EMT ngan pengawal terbenam. memang terbenam tul aku. dah 3 subjek hutang. habis sem sambung parade pentauliahan senior 2002 pulak. adoi hai...kali ni tak dapat nak menuang. terpaksa join parade. habis parade balik semula ke skudai sambung perjuangan aku duk kat Skudai ni.

naik sem ni aku amik subjek com semula, tambah ngan EMT dan pengawal terbenam yg aku gagal sem lepas, sekali ngan mikro e ngan kawalan industri. lima subjek je...cukup ar. argghhh...sem ni pun semua susah2. last2 com aku gagal lagi, mikro e pun gagal gak. nasib EMT ngan pengawal terbenam aku lulus. kalau tak terbenam lagi la aku. masa ni dah nampak gaya2 aku akan extend ni. memang extend pun. mana tak nye dah berlambak subjek aku gagal

bulan mei-julai 2003 skot2 aku yg akan tauliah tahun 2003 dah tinggal 2 ke 3 subjek je nak habis. aku dan geng2 yg setia extend ngan aku masih banyak subjek lagi...haha. mei hingga jun tahun 2003 ader semester pendek. pulak dah. aku amik gak utk kurangkan subjek2 aku yg masih melambak2 tak clear lg. semester kali ni aku amik institusi islam, ekonomi kejuruteraan ngan pengurusan kejuruteraan. semester ni la yg paling bahagia. semester ni la yg paling aku suka belajar...haha sbb senang giler subjek2 nyer. tenang jer aku study dan semester ni la satu2 nyer semester yg aku lulus semua...haha.

naik semester baru skot2 aku yg mana dah confirm tauliah prepare utk g LKPT. aku n geng extend terpaksa meneruskan perjuangan menghabiskan subjek...huhu. masa ni sekitar ogos ke nov 2003. aku tinggal lagi 7 subjek lagi nak clear. tp sem ni tak leh amik semua aku amik sikit2 je kang yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran. so, sem ni aku amik 3 subjek je. aku amik mikro e, psm 2 ngan multimedia. tp malang nyer taktik tak menjadi...huhu. satu je clear...multimedia. nampak gaya nyer aku kena amik banyak2 sem depan.

sem seterusnya sekitar bulan januari hingga april 2004 aku amik 5 subjek pulak. aku amik com, mikro e, psm 2, advance vlsi ngan data com. sem ni dah tak ramai skot2 aku yg tinggal...yg lain dah tauliah. dah terselamat di unit2. macam2 cerita aku dengar. mental pulak aku bila dengar citer2 skot2 aku yg dah tauliah ni. tp nak buat cam ner aku sondol je...haha. sem ni aku tak larat nak clear kan semua. aku simpan satu lg subjek...haha. data com pulak sangkut. takper sem depan tinggal 2 subjek je. kira settle la tu.

semester seterusnya aku kembali enjoy. memang la enjoy amik data com ngan teknokrat je...haha. akhirnya clear gak subjek2 aku...tp aku dapat berita tak gembira sbb aku tak leh komisyen post utk 2004 sbb aku belum g LKPT lagi. aduh...tangguh lagi...lama lagi la aku duk kat ATMA ni.

hampir 4 tahun aku duk kat Skudai ni macam2 kenangan aku ngan skot2. waktu pt pagi ari selasa ngan khamis mesti menuang, lari sampai FKM pastu membuta...haha. sebelum baris basah kan baju...konon2 berpeluh...aduh hai...macam2 hal. time takder kelas membuta sakan...main game. petang main hoki...siap rembat kayu hoki kat stor lagi...haha. segala kenangan ngan skot2 aku terutama yg extend memang tak leh dilupakan. layan world cup 2002 sampai tak g kelas...haha. penghujung 2004 aku dah pindah sg besi semula. itu lah antara kenangan2 yg larat aku coretkan kat sini.

Khamis, 1 Januari 2009

Masuk ATMA

Selamat Tahun Baru 2009. azam tahun ni tak pikir lagi...haha. ari ni nak citer kisah aku masuk ATMA pulak...check it out...

Aku Tersilap Masuk Askar...tu bukan ATMA...tp Akademi Tentera Malaysia. aku tak ingat bila aku temuduga...masa temuduga jumpa la memember aku masa sekolah dulu...Padil sc1, Syed sc3, Juhiswan stp, Vijay stp. bila tiba ari melapor, aku pn bertolak la dr umah, family aku hantar kan sekali...gerak pagi tu dr umah sebelum Subuh, so Subuh kat highway. time Subuh ni terserempak ngan jawa n family. then terus kan ke ATMA di kem Sg Besi. sampai kem sg besi terus masuk ke kawasan ATMA. lapor di kolam renang. lepas melapor semua, mak bapak dinasihatkan pulang. tinggallah kami beramai2 ngan baju putih lengan panjang. itu lah pakaian waktu melapor.

minggu pertama kami diberikan pakaian seragam, tempat tinggal, buku2 akademik. aku tinggal kat Lembah Alfa, salah satu tempat tinggal untuk skuadron Charlie. tanggal 25 mei 1999 bermula lah kehidupan aku sebagai seorang soldier. tarikh ni tarikh aku dan kawan2 yg lain angkat sumpah sebagai seorang tentera. cap 10 jari wooo...selepas tarikh ni bermula la bulan orientasi yg dipanggil latihan induksi.

sebulan ni aku culture shock...haha...cam biasa la kena belasah, dilatih sbg seorg askar, bulan yg dilatih utk mengubah perwatakan awam kepada tentera. honestly memang aku banyak menyumpah...rasa menyesal pun ader. latihan semua 18SG. aku takleh citer bab2 training ni...kang takder org nak masuk askar pulak kang. haha...tu sebab aku kata ATMA means Aku Tersilap Masuk Askar...haha...bulan ni jadual memang pack, tak sempat nak menyanyi time mandi, masa yg ader semua cukup2 je...sentiasa berlari2 utk kejar masa. akhirnya sebulan yg perit berlalu...tp sebenar nya bulan ni la yg seronok...bile time lepak2 ngan memember sembang balik masa latihan induksi memang menyeronokkan...haha...macam2 ragam ader.

bermula nyer kuliah...masa latihan induksi kehidupan banyak bersama ngan jurulatih...bila dah mula kuliah ni senior pulak take over. adoi hai! fade up jugak la kengkadang tu. punishment cam biasa. sorg silap semua kena...ni semua nak bagi cooperate sebenor nye. time ni pun samer la...lg dahsyat dah kira klasifikasi over 18SG dah ni. aku tak leh citer kat sini...biar la aku ngan skot2 je yg tau...hehe. positive nye hubungan kami satu skuadron jadi rapat. bagus sebenonyer ragging dalam askar ni. kalau tak masing2 buat hal masing2 je.

semester kuliah ni yg tak best nyer time baris sukan...nak ngadap staf Julaihi...adoi hai...last2 ubah jadual kuliah...adjust bagi tiap2 hari kul 5-6 ader kelas...haha...alasan terbaik tak payah baris sukan. kalau sabtu pt pagi tu tak leh nak elak dah...sondol jela. semester kuliah ni paling best bila dapat g UTM Semarak...haha...aku makmal kat UTM Semarak...baru la dapat rasa macam masuk universiti sikit...hehe. lupa pulak aku amik degree electric and electronic engineering. habis makmal lepak cyber cafe. ari rabu bila budak atma turun je cyber cafe tu penuh ngan bebudak atma je...chating...termasuk la aku...haha.

lepas semester pertama patutnya cuti sebulan sbb UTM cuti, tp kami tak cuti...time ni fatique besar2an. aku fatique kat mes pegawai...tempat paling syok fatique...hehe. tahun ni gak tahun pertama ATMA mengeluarkan graduan nyer. intek 99 ditauliahkan. semua senior yg kat skudai turun sg besi. peh risau je time ni. masa tu fobia lg jumpa senior...haha. habis majlis tauliah tak lama lepas tu sambut tahun baru. masa tu gempar Y2K...padahal takder aper2 pn.

naik semester kedua...kehidupan sama cam sem lepas gak. adjust jadual kuliah lg sbb tak nak turun baris sukan. tp ader gak hari yg tak leh adjust...haha...kena la turun gak. tp masa tahun satu ni yg best nyer fly kat Balakong. makan roti canai, main internet kat cc. pagi baru balik...haha. kepala nyer bukan aku...roomate aku, budak boy. Sepul la sape lg. masa tahun satu ni roomate aku asyik tukar je...mula2 Janarthanam, pastu tukar ngan Sepul, then Dhanaraj last sekali Anuar. habis semester kedua sambung pulak persediaan untuk LKPT.

aku LKPT kat KTD. dekat dua bulan gak LKPT ni. time ni lg banyak kenangan...tak larat aku nak taip kat blog ni...menyakitkan bila melalui tapi menyoronokkan bila diingati...haha. terlalu banyak kenangan aku berlatih kat sana bersama skot2 yg best. dengan penginapan yg bersarang kan semut api...jahanam kasut sukan aku dimakan semut...haha. macam2 hal la masa ni kalau nak dikenangkan. habis LKPT baliklah kami dgn gembiranya...bermula la tahun kedua.

naik tahun dua pindah blok G pulak. tukar lg roomate aku. kali ni aku duk ngan Nasri, Kiwan ngan Pak Lan. blok G letak nye kat luar kem. so, g kelas naik bas atma. balik kengkadang bas lambat...jalan kaki je ikut short cut. habis semester intek 2000 pulak ditauliahkan. masa ni tahun dua kena jadik pak pacak...masa pemilihan pak pacak aku tak terpilih...hehe...syok nyer. skot2 yg kena jadik pak pacak ni semua gelap2...kulit terbakar...roomate aku Nasri ngan Kiwan je kena. aku ngan pak lan menuang...haha. adoi hai! kesian skot2 aku...nak buat camana, saper suh masuk ATMA.

then sambung semester seterusnya...habis semester LKPT lagi...sondol je la...tempat yg sama gak...tp yg tak leh lupa 2 minggu terakhir...haha. CW and CIW. paling aku tak leh lupa bila Gobala mengamuk...masa tu platun aku Nuzul jadi ketua platun, semua persiapan tak siap lg, kesian aku tengok Nuzul kena belasah ngan pelepah sawit ngan Gobala...sadis...sadis. habis LKPT ni balik semula ke sg besi. persiapan nak g skudai pulak...sbb semua Engineering kena g skudai sbb fasiliti ATMA tak cukup lg masa tu.

itulah sikit lebih kurang cerita selama dua tahun aku di Sg Besi...esok sambung kisah di skudai pulak eh.