Rabu, 31 Disember 2008

Kehidupan Lepas SPM

Dobry den. today is streda. 31 prosinec 08. ari ni takder buat aper2 duk umah je...sambung kisah aku lagi...

penghujung 1998 aku pulang ke rumah selepas beberapa minggu selesai SPM. minggu pertama aku duk umah tak buat aper2. rutin yg membazir masa aje...rasa rugi pulak bila masa dibazirkan tanpa perkara yg berfaedah...minggu kedua member aku ajak belajar komputer...hehe...aku setuju...kursus 2 minggu dgn harga RM200...boleh la...lg pun aku haram tak pernah guna komputer...takut je bila pegang komputer...kat maktab dulu ader belajar komputer tp semua aku tiru Radzie. bab komputer masa tu memang aku buta terus. nk tekan button on ni pun aku takut...ingat kan payah sangat...bila dah belajar senang rupanyer...ek eleh...

masa yg sama aku daftar amik lesen motor n kete...haha...aku amik lesen kat Tangkak ngan memember aku gak...so lepas belajar komputer sambung g tangkak ambik lesen...berulang alik la aku nak menghabiskan belajo bawak kete...naik bosan aku, tiap2 ari rutin yg samer je...sebulan jugak aku berulang alik Jasin Tangkak. akhirnya dapat gak lesen...lepas sebulan berlalu mula tak der aktiviti...memember ajak aku cari keje...mmm...oklah aku ikut je...so, cari la keje sana sini...tp tak dapat2...last2...satu petang tu, lepas Asar kat tangga masjid, aku menyembang ngan Epul...tetiba timbul idea nak jual burger, bincang punyer bincang last2 setuju.

kebetulan peralatan semua dah ader, Epul deal ngan saper ntah, nak cari tempat lak. pikir punyer pikir last2 pilih berniaga kat depan hospital, depan hospital Jasin ni ader gerai makan, tempat laluan budak2 balik dr sekolah pulak tu. okla tu kot. aper lagi pacak terus la payung, buka meja, start berniaga...hehe...minggu pertama berniaga memberangsangkan, aku jual burger, hotdog, nugget dan air. yg ramai beli biasa la budak2 sekolah. pagi sampai ptg berniaga, time nak solat benti jap. turun kan payung. settle...haha. duit je bawak sekali. aku berniaga ni hari Isnin sampai Jumaat je...

minggu kedua dah seronok berniaga...biasala bila untung memang la seronok. poket berisi...hehe. timbul pulak idea nak berniaga ari Sabtu ngan Ahad pulak, ntah macamana ntah jalan2 kat Kesang terjumpa kilang buat keropok lekor. kitaorg pun jumpa tokeh die, bagitau nak jual kopok lekor. then mula la tambah produk kopok lekor pulak. mula2 jual sekali ngan burger, hotdog, nugget ngan air, ntah macamana ntah bila dah start masuk pasar tani ngan pasar malam, kami jual kopok lekor je...tak menang tangan nak jual semua tu.

masuk bulan kedua aku jual kopok lekor sahaja...lokasi Sabtu pagi pasar tani, ptg sampai malam sambung pasar minggu Jasin, Ahad pulak pagi kat pasar tani, ptg sambung pasar minggu kat Bemban. hari2 lain tepi jalan je...cam biasa. full day berniaga penat pulak, takder rehat. paling penat Sabtu ngan Ahad, sebab pagi sampai tengah malam...disebabkan sambutan di pasar malam lebih menggalakkan kami stop berniaga tepi jalan. so, berniaga Sabtu ngan Ahad je. waktu berniaga kat pasar malam ni Cina jual buah ternampak aku, dieorg ajak aku join dieorg jual buah, aku tolak sbb aku dah ader kopok lekor aku.

tak cukup dgn tu kami cari tempat lain pulak yg ader pasar malam. mulanye dapat tahu kat Selandar hari Isnin ader pasar malam, so berniaga dah jadi tiga hari. Sabtu sampai Isnin. hari lain rehat. cadangan aku nak berniaga kat Merlimau hari jumaat dibatalkan sbb jauh. last2 sampai ke sudah tak tambah hari berniaga sbb nyer hari2 lain semua jauh2. tengah2 syok berniaga, tiba lah hari result SPM keluar. aku g la maktab aku ngan bapak aku g amik result. aku tak dapat jumpa member lama2 sbb bapak aku ader hal hari tu. lepas amik keputusan balik terus. Alhamdulillah dapat gak pangkat 1 agg 12.

aku berniaga ni takder la serius sgt. dr berniaga tepi jalan lima hari, jadi 7 hari bila tambah produk kopok lekor, then kurang pulak kepada dua hari sbb nak jual kopok lekor je kat pasar minggu dan pasar tani. pas tu tambah balik jadi 3 hari. berniaga ikut mood je. lagi pun nak isi masa terluang je. pengalaman berniaga ni yg aku ingat bila minyak terpercik kat tangan aku...masa tu nak goreng kopok lekor...ntah macamana ntah kopok lekor tu meletup, minyak panas tadi terpercik kena tangan aku. hampir separuh tangan aku kena. aku terpaksa la buat2 selamba walaupun panas gile sbb org tengah ramai nak beli time tu...malam tu ambik ko berbelang tangan aku. syg aku berniaga tak dapat lama...dalam 3 bulan aku berniaga aku terpaksa stop sbb kena saman...haha. biasala berniaga pasar malam takder lesen. aku tak bayar pun saman tu. lagi pun tak lama lepas dapat saman tu aku dapat surat tawaran g ATMA. masa ader lg lebih kurang dua bulan sebelum aku lapur ATMA. nak isi masa yg terluang tu aku kerja sementara kat kedai makan ngan Apis.

waktu lepas SPM ni banyak gak kenangan aku. alamat memembar yg aku simpan, aku tulis surat kat dieorg. ingat kan nak tulis kat semua. last2 tak larat. mana yg sempat jela. ader yg balas balik ader yg tak. lagi time raya alamat2 yg aku simpan tu aku send la kad raya. banyak giler aku hantar. tapi yg balas tak semua...hehe.

waktu lepas SPM ni la aku banyak excident. masa tu baru balik dr beli borang UPU ngan Apis, aku g beli ngan Apis naik motor bapak aku. balik dr beli borang UPU aku bawak Apis g jalan2 kg aku, aku tunjukkan ladang2 yg ader kt kg aku, ntah macamana ntah kat satu selekoh tu aku tak perasan motor dr arah bertentangan aku. apa lagi, dum! excident...nasib takder aper2. aku terus g repair motor bapak aku tu...hilangkan segala bukti2 excident...haha...

lagi sekali excident waktu hari raya pertama. family aku semua lepas solat raya semua dah balik kg. tinggal aku je sbb aku beraya kat Jasin dulu. dlm tengahari baru aku gerak balik kg naik motor. sampai kat kg Terentang kereta depan aku berhenti mengejut. aduh aku pulak follow dekat sangat. apalagi, sondol belakang kereta tu la. melambung aku, siap tergolek2 lagi lepas landing. haha...hilang terus sebelah sandle aku. maybe terpelanting kat dalam semak waktu aku melambung kot. nasib motor boleh start, aku start balik Jasin semula. kepada Padil la aku mengadu. tapi Padil tak percaya. aku bawak Padil g tengok motor baru dia percaya. baju pulak dah kotor. terpaksa la aku repair motor dulu bg menghilangkan bukti2 excident. haha...lepas repair, tukar baju baru balik kg. kedua2 excident ni family aku tak tahu...yg tahu hanya lah memember yg terlibat aje. haha...

adoi hai lagi satu malang bila aku bawak kete bapak aku g pej pos nak pos surat. aduh ntah macamana ntah aku salah budget, baru dapat lesen la katakan. ambik! aku langgar pagar pej pos. kemek bumper kete proton bapak aku...adoi...yg ni tak dapat den nak repair. terpaksa lah berterus terang ngan bapak aku. aku pulak guna kete dia tak mintak izin...sehari semalam kena bebel...haha...padan muka.

waktu lepas SPM ni jugak la aku mula minat hindustan...gamaknye...haha. satu ari tu aku lepak umah Dayat. lepak2 Dayat ajak tido umah die je. aku set je...pas tu Dayat pasang citer hindustan pulak. adoi hai mula2 aku kutuk...cam takder citer lain je. ntah macamana ntah aku boleh concentrate pulak layan. tu yg feeling tu. tajuk citer hindustan ni, Kuch Kuch Hota Hai...haha...

tu la lebih kurang kisah2 yg masih segar, saat2 lepas SPM dalam ingatan aku ni...ok lah, esok sambung citer aku masuk ATMA pulak...haha.

Selasa, 30 Disember 2008

MRSM Muar Batch 9798

Dobry den. today is utery. ari ni aku gunting rambut kul sepuluh seperti yg dijanjikan. speaking mcm biasa la ayam ngan itik. aku ckp Melayu, minah tu ckp Czech. aku siap bawak gambar aku lagi, nak tunjuk sampel rambut. nasib die paham. memang susah idup kat Czech ni kalau jumpa org Czech yg tak pandai ckp English. habis potong rambut aku g bandar ngan Man, Azri tak ikut sbb dia nak balik sambung tido. hajat aku ari ni nak cari money changer yg beli Euro tinggi. banyak gak la money changer yg aku tanya. mostly beli Euro pd kadar 26.0. last2 aku benti kat ader satu money changer ni. die setuju beli 26.3 aku tukar 2000 Euro, dapat la 52600Kc. rupanye tokeh money changer ni org Iraq. omar nama nyer. pas tukar aku g Tesco beli barang dapur then balik. skang depan laptop aku ni ha nak sambung buat blog hehe...ari ni nak citer kisah aku di MRSM pulak. check it out...

1997 aku dapat tawaran masuk MRSM Muar, dapat je tawaran aku persiapkan barang2 yg nak bawak g MRSM. lapor diri je aku dapat no maktab. no maktab aku 97041...aku kelas 4 sc 5, homeroom giga. nama adviser aku Pn Nooraini bte Abu Bakar. budak kelas aku 25 org semuanya...Wak, Radzie, Ijal, Mai, Norizan, Pojan, Azrul, Reza, Aidil, Shah, Wan Zuraimie, Wan Nazri, Jas, Kiah, Iashah, Ain, Ita, Leecot, Nolie, Aliya, Fiza, Aina, Nora, Che Pah...tu la bebudak kelas aku.

form 4 aku dok AAB, asrama aminudin baki. roomate aku masa ni Radzi Ieskandar bin Masiman. budak kelas aku gak. kat kelas pun duk sebelah2. masa form 4 ni cam biasa la jadi jr boring la sikit...tp ok. solat Subuh berjemaah wajib, lepas solat Subuh sarapan then bersiap g kelas. habis kelas makan tengahari, solat Zuhur. then berebut hantar dobi...haha. petang sukan...aku selalunyer main pingpong jer. habis sukan solat maghrib, sambung prep malam pulak. habis prep solat Isyak...br la lepak bilik. mcm tu la lebih kurang kehidupan aku kat MRSM. citer pasal form 4 ni kurang menarik la...tak banyak yg best. jadi budak skema je...boring tul. ragging pun tak mencabar...buat salah kena ketuk ketampi je...haha. lawak tul.

masa form 4 ni budak kelas aku ngan sc 14 ader buat rombongan g Melaka. ok gak g Melaka, walaupun aku dok Melaka, aku bukan penah merayau pun bandar Melaka ni. Shah la jadi tourist guide nyer. lagi, aku kelab pengakap. best bila join khemah tahunan kat Kelantan. siap ader budak pengakap Thailand lg. time camping ni banyak acara, yg best nyer banyak acara yg aku masuk menang...haha...hadiah2 aku menang semua ader lagi simpan kat umah. umah sukan aku umah perkasa. aku pun tak ingat dah acara ape aku masuk. aku memang tak berbakat ngan sukan2 ni. tak penah wakil sekolah pun. aku cuma suka bersukan aje.

aku mula perasan...bab belajo ni aku dah mula jadi malas. tak macam aku dulu2. tak macam aku duk STP. aku pun tak tau sbb aper. markah aku pun banyak yg hampeh2 je. pointer aku baper je. kengkadang kecewa ngan hasil yg aku dapat. mungkin ni antara sbb yg aku tak berapa seronok time form 4 kot.

1998 aku form 5...5 sc 5 pulak. pindah asrama baru. roomate aku Ijal, Najib ngan Chip (Zulham Sabudin). Ijal budak kelas aku, Najib sc 6, Chip pulak sc 4. duk asrama baru ni syok time malam bila berebut nak beli nasi seringgit...haha. boring duk bilik aku merayau bilik2 org. selalu aku duk lepak bilik Azmi sc 14, kacau die...haha. bila duk bilik ngadap Chip. katil aku sebelah katil die. aku pun tak paham la...mana aku pegi mesti aku ader geng tak boleh sebut "R" dgn baik. dr STP aku ader Budiman. masuk MRSM ni form 4 dok ngan Radzie...pun samer tak leh sebut "R". bila form 5 ni Chip pulak...Chip lagi teruk...dah tau tak leh sebut bukan nyer nak kontrol. kalau tak leh sebut 'Rumah' tu...sebut 'umah' dah la...hahaha...

tahun ni SPM...aduh aku belajar ntah ape2 ntah. lintang pukang, aku ingat lg markah2 aku kalau kira agg tak penah dapat pangkat satu pn masa form 4. aduh hai...sek jauh2 keputusan macam hampeh...beberapa bulan nak SPM baru la start struggle. lepas habis SPM je habis buku2 aku semua aku jual kat koperasi, tengok2 ader yuran bapak aku lupa bayar, dgn duit tu la aku bayar yuran tu. ader la lebih RM10. hari2 nak meninggalkan sek, ramai budak kelas aku amik add n no cntct memember. aku pn join sekali. tak silap aku, aku siap buat buku add memember tp buku tu dah hilang ntah kemana ntah. add roomate aku pun aku mintak sekali...tak lama kemudian pulang lah aku ke rumah meninggalkan MRSM Muar dengan seribu kenangan...aku happy dgn kwn2 yg baik2 belaka. belajar sama2. bila aku tak paham je, mesti ader yg dapat membantu. korang semua memang bijak2 la. teringat zaman duk AAB, zaman duk asrama baru. apa kan daya kita hanya mampu bersama selama 2 tahun sahaja.

balik umah saat2 yg mendebarkan bila ari nak keluar result SPM. haha...sebenor nye time MRSM ni aku ader minat sorg budak tu, tapi aku malas nak citer ar. time cuti sek aku ader tepon die tp menyembang je, bukan aku meluahkan perasaan pn. ntah la...tak bersedia kot masa tu. belajar pn lintang pukang nak bercinta. ceh! minah tu dah la sikit punye bijak. skang kat mana aku pun tak tahu. last aku tahu dia study kat oversea. Peh! memang bijak. skang ni pun aku rasa die ader kat sana (oversea) lg kot...hehe

dah esok sambung pulak...adios...nashledanou

Isnin, 29 Disember 2008

Pindah Jasin

Salam Maal Hijrah 1430...Apa Hijrah ku tahun ni?...hehe...belum pikir lg...haha.

Dobry den. today is pondeli. ari ni aku ingat nak gunting rambut, tak sangka pulak bila g kedai gunting rambut kena buat appointment kat Czech ni sbbnyer dah ader org booking. so, aku booking esok kul 10pg. lepas booking aku merayau kat bandar Brno, naik trem, tapi aku tak bayar tiket...haha...takde integriti tul aku ni. pusing2 bandar bila sejuk masuk jela mana2 bangunan yg dekat. badan dah panas balik aku sambung merayau. jalan2 tadi aku tengok money changer Euro dah jatuh... convert dgn Czech Crown 26.0. wah esok lepas gunting rambut boleh tukar ni. temperature ari ni minus 7. oklah sambung citer semalam...

1995
aku pindah Jasin. bapak aku posting balai Jasin pulak. kat Jasin ni aku duk blok B tingkat 4, tp lepas tu pindah blok C tingkat 2. time duk Jasin ni aku kwn ngan memember aku time cuti je, sbb aku duk asrama. memember aku Apis, Padil, Kamal, Nizam, aruah Marul, Mat, Dayat, Daud, Edi, Man, Wan n ramai lg. bile time cuti sekolah je mula la aku bersama ngan memember aku ni...ader je program buat. aku banyak habis masa ngan memember anak polis je. campur ngan memember luar bila main bola. main bola cam biasa kaki ayam je...tak penah beli kasut bola pun...haha...

banyak kenangan aku ngan memember kat balai Jasin ni. main lastik pakai batu la, malam2 main daun terup atas tangki air la. camping dlm hutan la...padahal dekat gila ngan umah, camping tepi surau...yg ni pun sama la, dlm kawasan balai je sebenor nyer, tp nak buat cm ner layan memember. mungkin sebab banyak main la kot PMR tak secemerlang masa tingkatan 1 dan 2. hehe...tp salah aku gak saper suruh tak study.

tiap2 malam lepak masjid ngan aruah cik Mat Noor. tolong cuci pinggan lepas moreh, lepas cuci pinggan lepak kat tangga sambil basuh motor. malas balik umah tido masjid je, esok lepas Subuh baru balik. hari minggu kurang sikit aktiviti sbb aku ikut cina jual buah kat pasar malam. cina ni gak yg bekal kepek aku. hehe...pasal jual buah ni, bila memember aku atau org2 yg aku kenal dtg nak beli mesti aku bagi lebih...hehe. aku aktif jual buah waktu cuti sek lepas PMR sebelum naik form 4. biasa la cari duit.

bila naik form 4 aku sek kat STP lagi sebelum masuk MRSM. g sek jalan kaki ngan memember. tp aku je yg sek STP yg lain sek kat SMDB. balik sek melepak, lepak kat shopping centre Jasin. malam cam biasa lepak masjid. tak pun lepak kat umah aruah Marul, menyembang sampai pagi. lepak umah aruah Marul ni mesti 4 org. aku, aruah Marul, Padil, Kamal. tp bila masuk MRSM kehidupan bila aku balik cuti dah tak sama...jual buah pun dah stop...hehe. nak berehat pulak.
kalau balik weekend pn duk melepak kat bawah blok B je. tak pun lepak kat umah aruah Marul. menyembang sampai pagi.

sama la jugak bila aku dah masuk ATMA...dah kurang meriah bila aku balik cuti. memember aku semua dah cari keje. memember yg lepak masjid pn dah kurang. padang bola pun dah kena konker ngan budak2 kecik je. yg selalu ngan aku masa ni Padil je. Apis kat ukm, Nizam dah sibuk ngan belia 4B nyer. Dayat sambung belajar gak...yg lain semua keje kat melaka. aruah Marul pulak lepas pindah melaka excident, meninggal tempat kejadian. segala2 nyer dah tak macam dulu. dah tak seronok macam zaman budak2. aku doakan semoga semua kawan2 aku berjaya. Aminnn...

mmm...oklah ngantuk dah ni. esok citer aku masuk MRSM pulak...hehe. jom tido...dobry veccer.

Ahad, 28 Disember 2008

Masuk Asrama

Dobry den. today is nedele. ari ni dah ari ahad...cuti Kristmas tinggal lagi seminggu. boring betul bila takder aktiviti ni. rambut aku pun dah panjang...bila nak kuar g potong ni...nak kuar pulak sejuk... siang -3 malam -6 pagi tadi salji turun...malam ni aku rasa harus tambah lg salji ni...sambung kisah aku la...

1994
aku naik tingkatan satu. aku dapat sek asrama. Sek Tun Perak, Jasin, Melaka. kawan2 sekelas aku...ramai yang masuk Sek Iskandar Shah...berpisah lg dgn kawan2. lepas ni dapat kwn baru pulak.

dapat tau masuk asrama mak bapak aku persiapkan brg2 aku. ari ahad lapur ambil bilik. aku duk dorm Ibnu Khaldun. habis bawak brg2 aku naik bilik...tiba masa berpisah pulak...mak bapak aku pesan belajar elok2. ok mak. mula nye aku tak sebak pn. bila aku naik bilik. budak katil sebelah aku boleh nangis pulak. aduh! sadis ni. aku buat hal aku je la. kemas brg2 aku masuk dlm locker. then aku pun baring2. aku katil bawah. tengok la playwood katil atas aku. tetiba terkenang wajah mak bapak aku. ntah mcmana meleleh air mata aku.

ya! aku masih ingat...waktu tu aku berazam utk belajar bersungguh2 utk ubah keluarga aku kepada kehidupan yg lebih baik...aku bukan org susah dan aku juga bukan org senang. aku dtg dr keluarga yg sederhana. adik beradik aku 6 org. tp sebenarnya bapak aku kena tanggung 8 org sbb aku ada adik beradik sebapa. abang dan akak tp tak tinggal sekali...dieorg tinggal dgn datuk dieorg...wp aku dr keluarga yg sederhana aku sentiasa pikir yg aku dr keluarga yg susah supaya aku tak lupa diri dan terus berusaha. tu sbb aku tak kisah kalau bapak aku lupa bagi duit belanja. kalau boleh aku tak nak bapak aku susah sebab aku. cukup la bapak aku tanggung 7 beradik aku. "ayah tak yah la susah utk abg" abg boleh cuba berdikari...hehe...padahal yuran sekolah semua bapak aku yg bayar...mana mungkin aku boleh berdikari...tp mungkin aku boleh kurangkan beban die.

minggu pertama minggu orientasi. aku tak ingat aper aktiviti masa minggu orientasi ni. yg aku ingat warden aku ader 3 org. ustaz Tarmizi, 'Tampong' ngan 'Pacat'. 'Tampong' ngan 'Pacat' ni nama gelaran. aku dah lupa nama die...haha. habis minggu orientasi bermulalah sesi persekolahan. kelas aku semua laki. memember yg aku ingat antaranya Juhiswan, Marzuki, Hasan, Saiful, Bulem, Kudin, Capang, Izwan, Azillah, Along, Ciken, Rahman, Syazarikh, Ali, Luncai, Jide, Masnizan, Khairul dan yg lain lupe nama daa...aku kelas 1 bestari.

kat asrama brother senior bilik aku semua ok2...paling ok abg Halim. tp mulut kepoh la...membebel je keje nyer. hujung minggu pagi sabtu ngan ahad gotong royong. aku cukup tak puas hati bila bab gotong royong ni pasal apa dorm aku mesti dapat tempat yg paling banyak sampah punyer. mesti lambat siap.

bab ragging pulak. aku ikut kan je...biasa la junior...kena buat ni kena buat tu. aku ni senang je jgn kacau aku je...sekali tu ader brother suh tapau kan air. banyak pulak tu botol dia bagi. peh! fade up aku...aku g dewan makan isi air tp ader dengki sikit. aku amik lidi penyapu longkang tu aku kacau dlm tiap2 botol tu tp tak bagi sampai nampak keruh la. ambik kau! aku memang jahat.

itu kalau ambik air...kalau basuh baju lak. tengok baju la, kalau setakat peluh je aku rendam ngan air sabun je. biarkan beberapa jam terus sidai. haha...haram tak berus pun. lantak la bukan baju aku...fade up bila baju kotor la. nak tak nak terpaksa la aku memberusnye.

bisnes kepek cam biasa diteruskan. terpaksa la bapak aku hantar dr Kemendor ke Jasin bila hujung minggu atau bila aku tepon bagitau dah habis...boleh tahan gak la hasil jualan masa tu. warden pulak benarkan aku menjual. tp dia selalu bising pasal sampah je la. tp tu bukan salah aku...tu salah pelanggan aku...haha.

beberapa bulan kemudian mak bapak aku dtg bawak surat tawaran. tawaran masuk Sek Men Agama Sultan Mohammad. mak bapak aku tanya nak g ke tak nak. on the sport buat keputusan tak nak sbb takut tak leh jual kepek pulak kat sana nanti.

yg bestnye tahun ni bila musim world cup. aku ngan kengkawan satu kelas semua layan musim world cup ni dgn main bola sepak kertas. pantang cikgu tak masuk kelas je mesti buka padang...main kat belakang kelas. time rehat sambung, sanggup tak g makan tu. lawan punye lawan last2 final Kudin lwn Ali. Ali menang akhirnya. hadiah takder...haha...sajer main seronok2.

tu antara kisah2 masa aku tingkatan satu yg aku ingat. k la dah malam...makin sejuk ni...weather forecast kata malam ni minus 6. jom tido...

aduh sambung balik la...dah 3 jam dok bergolek atas katil tak tido2 gak ni...fade up aku, tengahari esok confirm tumbang.

1995
aku naik tingkatan 2, kat asrama dah senior. yes..yes..padahal ramai lg brother2 kat asrama ni...haha. bila aku naik form 2 aku tak kacau budak2 form 1 ni. malas aku...buat hal sendiri je. bukan aper aku dah buat mcm2 kat brother aku sat lg aku pulak kena...haha. form 2 aku pindah dorm, masuk dorm Omar Al Khatab. satu dorm ni budak form 2...cantik. satu kepala...yes. asrama aku ni 3 tingkat mengadap umah warden, kat tangga siap pasang pintu grill lagi. alkisah nyer....

hampir tiap2 ari sebelum Subuh ustaz Tarmizi akan naik bilik ngan rotan die. saper yg tak bangun lagi dapat la habuan. samer la ngan 'Tampong'. 'Tampong' pn rajin jugak naik bilik kejut budak bangun pagi. aku pun sebenarnyer salu gak kena. kebas gak la punggung ni kalau kena sebat. kalau kena betis lagi pedih. nyam...nyam. solat Subuh berjemaah kat surau. tp bila dah senior sikit ni...mula la. bukan aper kalau lambat turun g surau pintu grill kat tangga tu 'Tampong' kunci. last2 solat Subuh kat bilik je. pastu kena standby sbb biasa lepas habis solat Subuh, 'Tampong' naik balik, cek budak saper yg tak turun surau. time ni yg kena standby. sebelum ni dah kena tak kan nak kena lagi. hehe...solution nyer nyorok dlm locker...haha. locker aku dah la penuh ngan kepek. aduh nak nyorok pn leceh. last2 bila lambat je, buka cermin tingkap belakang, keluar kat brendar belakang...ape lagi terjun la. dorm aku tingkat satu je...

lepas Subuh terus sarapan. time ni kalau saper keluar awal dr surau jumpa la ngan geng2 yg terjun2 td. tau2 je dah ramai beratur amik sarapan. mana die org nyorok ntah. abis sarapan naik atas tukar baju g kelas. sampai kelas belasah tido jap...haha. habis kelas tengahari, balik asrama makan tengahari, sebelum tu singgah surau Zuhur dulu. habis makan lepak bilik jap sebelum prep petang. time ni bukak kedai kepek aku jap. ramai beb beli...huhu. dengar je org ketuk2 pintu grill cepat2 la turun, tak kang kena kunci lagi. time prep aku study beb...rajin aku ni. cam biasa bisnes kepek on gak. beg aku mesti penuh ngan kepek punye. time prep pun bisnes...haha.

habis prep solat Asar pastu g minum petang then sukan pulak. lepas sukan naik mandi. lepas mandi turun balik, letak beg kat bilik prep utk prep mlm, pastu g makan malam. habis makan solat Maghrib. habis Maghrib, prep mlm...time prep mlm aku tak bisnes sebab beg kena tinggal td, sat lagi habis Maghrib kepek aku lesap lak kang...hehe. tp kengkadang aku miss turun sebab nye biasala pintu grill dah kunci. kalau rajin lompat aku lompat, kalau tak belasah membuta kat bilik jela. ramai sebenor nyer yg membuta kat bilik time ni...haha. tp yg rugi nyer kalau tak turun tak der la makan. tak kan nak makan kepek kot...

habis prep mlm solat Isyak pulak. habis solat Isyak, minum malam pulak. banyak tul makan dok asrama ni...tp badan aku tak besor2 gak. habis minum malam naik bilik. time ni cam biasa aku buka kedai lg. sebelum tido kira duit baper satu ari aku dapat. haha...syukur2.

citer pasal bisnes kepek ni...aku memang senang hati tul. tak payah susah2 bapak aku nak bagi aku duit belanja. die perlu susah hantar bekalan je bila kepek habis. aku pn tak pernah mintak duit belanja pun. time2 bapak aku hantar bekalan tu, die mesti tanya punye, "ader duit belanja tak?" aku jawab ader je. tp dah nama bapak kan, dalam sebulan tu bapak aku bagi gak dlm 10 hengget. aku tak mintak, kalau bg aku ambik...hehe. banyak gak untung jual kepek ni, aku beli buku tambahan pun pakai duit upah dalal jual kepek ni je. banyak untung sebab nyer takder saingan...hehe. kalau ader pn dr kelab usahawan. jual maggi, itu pun selalu tak der stok. aku siap buat rekod lg jual kepek ni, sbb nanti senang nak budget, agak2 bekalan tinggal utk satu ari aku tepon umah suh hantar lagi. esoknyer mesti bapak aku sampai punyer la.

1996
aku dah tktn 3. bisnes on cam biasa. kelab pengawas pulak mula buka kedai bawah tangga. persaingan yg sihat...hehe. memember aku gak jaga, si Izwan Salleh. tahun ni aku PMR tp prestasi markah2 aku mula merosot, aku pun tak tahu aper masalah aku. yg meningkat hasil jualan kepek aku je...nak kata bercinta takder...ntah la. last2 dapat la 6A.

seronok bila aku duk teringat balik kisah aku kat STP ni. ape2 hal
aku nak merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peminat2 kepek aku yg tak pernah putus asa membeli dan melariskan kepek2 aku. kepada yg tangan panjang tu jgn risau, aku halalkan. aku tau banyak miss. aku tak kisah sbb still untung...hehe. tidak lupa jugak kepada warden2 asrama yg membenarkan aku berniaga tanpa lesen. aku mintak maap sbb sampah kat asrama STP ni kebanyakannye plastik kepek aku...hehe, nak buat cam mana bukan aku yg buang. kepada kelab usahawan, nak berniaga biar serius, bekalan tu kalau boleh jgn la sampai putus...hehe. kesian kawan2 aku lapar, makan kepek mana kenyang...tp nak buat cam mana kepek je yg ader. oklah anyway aku gembira jadi warga Sekolah Tun Perak. bye...nashledanou.

Sabtu, 27 Disember 2008

Pindah ke Kemendor

Dobry den. today is sobota. adoi hai asal tak leh tido ni..dah siang pun tak ngantuk lg ni...sambung menaip la. sambung mengenang kisah silam...

1992
aku pindah ke Felda Kemendor, masa tu darjah 5...tp masa pindah tu aku lum tukar sek lg...aku masih sek kat Kesang. cam biasa bapak aku la yg hantar n jemput. kali ni lalu jalan ladang kelapa sawit. short cut dr Felda Kemendor ke Kesang melalui Kg Kemengkang. kalau sekarang nak suh aku lalu sendiri harus aku sesat dalam ladang kelapa sawit tu...berbelit2 jalan die. nak dijadikan cerita satu ari tu nak balik dr sek waktu hujan...aku, adik aku duk belakang, bapak aku bawak motor. tiba2 terserempak ngan sekawan kerbau...bila lalu dekat kerbau2 ni semua toleh ke arah kami. aduh! tiba2 dua tiga ekor cuba nak menanduk dan menyerang kami. terbabas kami...jatuh dr motor...nasib sempat blah cepat2...selamat. tak lama lepas peristiwa tu aku dah tukar sek. Sek Keb Kemendor pulak. so, tak payah la lg nak lalu jln ladang kelapa sawit tu.

Sek Keb Kemendor ni budak2 die dr 2 kg jer. Felda Kemendor ngan Felda Air Kangkong. sek pagi ngan sek agama sama jer kawan2 aku. antara memember yg aku masih ingat nama nyer...Fuad, Nazri, Akhyar, Khairul, Zaki, Zulkeli, Khan, Jaja murai, Lin, Diana semut, Ita, Kamariah...ramai yg dah lupa nama...tp kalau jumpa aku boleh cam lg memember aku ni. duk kat felda ni aku takder kawan anak polis sbb sini pondok polis je. 2 anggota je. jiran aku anak dia bayi lagi. tu yg tak syoknyer. so, bila balik sek adik aku la jadi mangsa, jadi rakan menyepak bola. kat Kemendor ni aku rapat ngan Pak Kerol...dengan yang lain pun rapat jugak. kalau budak pompuan aku suka sakat si Jaja. Jaja ni mulut murai sikit...membebel je keje nye. tu yang syok menyakat dia...yang peliknya Jaja ni kat sek pagi tak menonjol sangat tapi kat sek agama menonjol pulak dia...exam no 1 tu....kalah aku. kadang2 berhajat jugak nak ngorat si Jaja ni...cun pulak tu...hehe...dulu la...skang ni ntah...lama dah tak jumpa dia. last aku rasa aku nampak dia masa aku jual keropok lekor kat pasar malam Jasin. skang ni ntah kat mana ntah dia....Jaja..Jaja.

citer pasal berniaga, bermula dr darjah 5 la aku berjinak2 berniaga. idea aku ke idea mak aku...aku pn dah lupa. aku berniaga jual kerepek, kacang, kerepek pedas, berjenis2 la...ikut mana yg laku...ambik kerepek ni semua kat Jasin. kat sek pagi mula2 aku jual dlm kelas...letak kerepek bawah meja. penuh ngan kerepek ajer bawah meja aku...last2 kantoi, cikgu suh aku hantar kat kantin. aku pn ckp kat pakcik kantin tu...tp kantin tu ambik dalal la...2 sen satu bungkus. so, pagi2 aku bawak la satu beg plastik besar yg penuh dgn kerepek...ala sek aku dekat jer ngan umah. lebih kurang 200m je kot. sek agama lg dekat...depan umah je. kat sek agama pun aku jual gak. sama jugak mula2 jual bawah meja...tp last2 kantoi gak. tp ustazah tak marah. memember siap beli makan masa kelas lg. ustazah pn beli gak. so, start darjah 5 duit kocek aku banyak sikit ar sbb dapat upah jual kerepek. jual 10 sen satu, aku ambik 2 sen lagi 8 sen bg mak aku nak buat pusing modal. kalau jual habis 40 bungkus dapat la 80 sen. aku siap berlagak lagi tak ambik duit belanja yg bapak aku tinggal atas meja sebelum die g keje. apa nak risau duit kepek ader...haha...hal jual kepek ni jadi ikutan pd adik2 aku. bagus la tu.

sek agama yg syok bila rehat...cam biasa la main. dulu femous main tenteng kejar. main tenteng kejar ni yg aku paling ingat bila aku terhempap kak Aziah, sbb masa tu main campur laki ngan pompuan. nak buat camana ustazah tak marah...hehe. masa tu yg kena kejar kumpulan aku. tiba turn aku kejar, aku pun kejar jela saper yg aku dapat kejar. kak Aziah main sekali tp dia team yg dikejar. ntah macamana ntah bila aku kejar dia, dia terjatuh, aku pulak terlanggar kaki dia dan terhempap la dia. berlaku lah gosip kat akak2 darjah 6 yg kaitkan aku ngan kak Aziah.


1993 aku naik darjah 6. UPSR la pulak...tak banyak yg aku ingat...ntah macamana ntah tiba2 je dapat 3A 1C. yg aku ingat bila nak amik result bapak aku ikut sekali. bila tengok result aku je bapak aku cakap "boleh tahan jugak ko ni Ran". itu yg membuat kan aku bangga kerna aku telah membuatkan bapak aku rasa bangga dgn kejayaan kecil aku ni.

oklah ni je kot yg aku ingat masa aku kecik2 dulu. stop dulu. jap lagi nak tengok bola pulak. ari ni liverpool, arsenal ngan chelsea main. aku nak tengok dieorg kalah supaya tak menggugat kejayaan Manchester ku. haha...nashledanou.

Jumaat, 26 Disember 2008

Nasib Tak Mati Lemas

Dobry den. today is patek. ari ni tak tahu nak buat aper...lama pulak rasanyer cuti Krismas ni...ari ni aku citer masa aku kecik2 kat melaka pulak la...

1989 sampai 1991
aku tinggal di Balai Polis Kesang Pajak, Jasin Melaka. baru pindah dr Bentong. masa tu aku darjah 2 sampai darjah 4. aku sek kat Sek Keb Kesang Tua...7km dr umah aku. gi sek ari2 bapak aku hantar...kalau bapak aku keje aku tumpang jiran. kat sek aku kelas M, kelas sebelah kelas K. memember yg rapat ngan aku antaranya Apis Norazlim, Apis Mohtar, Khairul Anuar, Shahril, Rosmawati, Aishah...time kasih jadi kawan aku. ramai lg sebenonye tp aku dah lupa nama. sorry la eh...tp syg kita semua dh lost cntct...korang kat mana pn aku tak tau dh. kepada cikgu2 yg ajar aku pn time kasih banyak2 bagi aku ilmu...kalau tak, aku tak jadi org...time kasih cikgu Rohaya, cikgu Aminah...mmm cikgu lain lupa nama daa...ape2 pn time kasih sekali lg...

kenangan kat sek aku tak banyak sgt yg aku ingat...banyak dh lupa...haha...lama dh tinggal sek. cuma yg aku ingat dulu ader trend lwn pemadam...aku punyer nak menang sampai curi pemadam kat koperasi...haha jahat tul...ups bukan jahat, nakal la. budak2 masa tu mana tau aper. kesian bapak aku tanggung dosa akibat dr perilaku aku. "Ya Allah ampunkan lah dosa2 bapaku. Aminnn..." sori la koperasi sekolah kalau rugi sbb aku...nak pulang kan balik pemadam tu pn ntah mana ntah...habis sek balik umah dulu...ptg sambung sek agama lak. kat sek agama keje aku main je...tapi takder la sampai tak belajo beb. waktu rehat mesti main, nak balik sementara bapak aku sampai sempat lg main...bebudak biasala...

nasib baik pelajaran aku tak teruk...kalau tak kesian bapak aku ulang alik hantar anak die g sek tiap2 ari. aku bukan tak nak naik bas tp bapak aku yg tak bagi...penah sekali tu aku tunggu bapak aku lama sangat2...last2 aku naik bas. tengok2 selisih ngan bapak aku tengah jln. so, aku sampai umah bapak aku marah sebab apa tak tunggu...tak lama lepas tu jadi lagi sekali...bapak aku lambat lagi...tapi kali ni aku tak naik bas aku buat keje gile jalan kaki...sampai mana ntah selisih ngan bapak aku...nasib bapak aku nampak aku tepi jln tengah jln kaki...tp kena marah gak sbb tak tunggu...haha...padan muka degillll...jalan kaki ni selalu gak aku buat kena marah pn kena marah la...bukan aper kesian bapak aku ulang alik...ape salahnya aku kurangkan jarak perjalanan nyer. aku penah dengar mak ayah aku sembang. mak aku kata baik balik naik bas je...baru 10sen...tp ntah bapak aku tak bagi, die nak jemput gak...tu tanda nye die syg kat anak2 die. terima kasih ayah. abg syg ayah...syg mak juga.

kat balai memember aku, cm biasa la semua anak polis...yg lain semua jauh2...member yg baya2 aku tak ramai kt Kesang Pajak ni...Apis, Ita, Norbaizura, Siti, Khairil, ngan abg Khairil...ape ntah namanye...lupa dh aku. masa budak2 duk kat kesang pajak ni boleh tahan nakal gak aku...balik dr sek, ari cuti same je aktiviti aku...main...main...main. selagi tak senja, selagi mak aku tak memekik...tak balik la jwbnyer. main tembak rusa la, main badminton la, main hantu galah la, main basikal toksa cakap la...sampai bocor2 tayar besikal aku...nasib baik aku ader simpan duit belanja sek, bolehla buat tampal tayar besikal aku. dah tak leh tampal terpaksa la beli tiub baru...banyak tul kenangan basikel aku tu...banyak kali menyusahkan aku kena sorong bila bocor...malangnyer basikal tu dah tak ader...dah dilupuskan kot...mana tak nyer asyik pindah randah jer.

tempat lepak aku bila boring kat kolam ikan depan balai...tak pn lepak atas pokok jambu, bila pokok jambu tu ader sarang kerengga pindah lepak atas pokok rambutan pulak. tu je la pokok buahan yg ader dlm balai masa tu. kenangan pokok rambutan ni bila aku jatuh dr pokok masa tengah lepak...bukan aper terpijak dahan reput. ambik kau berlobang kaki aku sbb bila jatuh terpijak tunggul tajam. ubat sendiri la..apalagi...kecoh kang harus dapat tali pinggang bapak aku pulak kang. citer pasal tali pinggang ni, aku adik beradik memang aku yg pegang rekod...paling banyak kena belasah ngan tali pinggang, kedua adik aku yg no 3...haha...bila main kejar2 pulak aku ni nakal sikit, bila turn aku kejar org aku suka kejar Baizura...hehe...aku kejar sampai terpeluk Bai...sengaja ke tak sengaja kira halal jela...jgn marah Bai eh...kita budak2 lagi masa tu. yg tak best nyer bila balai takder air...aduh terpaksa la beramai2 mandi lombong...yg best nyer satu ari tu mandi lombong sekali ngan bai...aduh! Bai pakai baju ngan sepender je...bila basah paham2 jela...takpela budak2 lagi masa tu.

yg aku tak boleh lupa bila aku kena kejar ngan tujuh anjing. bangsat punyer anjing...nasib aku kuat lari. cerita nyer berlaku masa raya kedua. masa tu adik2 aku semua ikut mak aku raya kat kg. aku teman bapak aku sebab bapak aku keje. ntah mcmana ntah terlintas nak beraya umah Apis kat Kesang Jaya lebih kurang 7km jauhnya...ala Kesang Jaya ni taman depan sek aku je. lepas cakap ngan bapak aku, aku pn tunggu la bas. tunggu punya tunggu bas tak lalu2 pun. dh lama sgt aku pn ambik keputusan jalan kaki. tak pernah lagi aku jalan kaki dr Kesang Jaya ke Kesang Pajak. kalau jalan kaki balik sek pun tak pernah sampai, mesti selisih ngan bapak aku tengah jalan. ni kira first time ni jalan sejauh ni. dgn hati yg tabah dan sambil memaki bas aku terus kan melangkah. ntah mcmana bila lalu kat satu kilang getah tu anjing menyalak. aku toleh je, ambik kau ader lebih kurang tujuh ekor anjing menyalak ke arah aku. tiba2 sekor berlari ke arah aku. eh! eh! yg lain boleh ikut pulak. bedebah tul. aku pun aper lagi cabut lari la. aku tak toleh belakang dah...nasib baik ader kete putih benti tepi jalan...mungkin sbb dia nampak aku kena kejar anjing kot. dan dan anjing tu benti kejar aku. pakcik tu tanya aku nak g mana? aku jawab nak g raya kat Kesang Jaya...bas takder. jauh tu kata pakcik tu, dia ajak naik kete...tp aku tolak...bukan aper bapak aku penah pesan kalau ader org tak kenal nak tumpangkan kete jgn ikut. pakcik tu pn blah je la. apa2 pn time kasih la pakcik sbb benti kan kete...mengah gak aku berlari masa tu...last2 sampai gak aku umah Apis. abis raya balik pulak...bas takder lagi. aduh aku risau je nak balik. tp masa tu akal pendek lagi...jalan kaki la jugak. berdebar je bila nak lalu kilang getah tu lagi. tp nasib aku baik, masa balik pintu kilang getah tu dah tutup. yes! yes! selamat aku...gitu la kisah nyer.

lagi kenangan yg aku ingat masa tinggal kat Kesang ni bila aku dilokapkan dek kenakalanku. citenye gini. jiran sebelah umah aku baru kawin. satu ari tu dieorg g bercuti. aku pn merayau2 la kat belakang umah die, jumpa la bekas2 cat yg berwarna warni. ntah macamana ntah aku yg tak berpikir panjang ni boleh main lukis-lukis pulak kat dinding luar umah die. nak dijadikan cerita keesokannya jiran aku ni balik. apa lagi terkejut beruk la dieorg. jiran aku pun tanya la bapak aku kot2 bapak aku tahu. bila bapak aku dengar je terus die dah tahu saper punyer ankara. ape lagi dapat tali pinggang polis aku. berbirat belakang aku wooo...tak cukup tu bapak aku seret aku sampai balai nak bawak masuk dlm lokap. yg kena seret tu sebab aku melawan sbb takut nak masuk lokap. last2 merengkuk la aku dalam penjara buat beberapa jam. masa tu cik Din member bapak aku duty. bapak aku siap warning cik Din lagi jgn buka pintu lokap tu selagi die sendiri tak bukak. menangis2 la aku duk dlm penjara...aku tahu ni semua sebab bapak aku nak ajar aku jadi budak yg baik. aku tak salah kan bapak aku. dah besar panjang ni bila ingat balik aku kena ucap time kasih kat bapak aku. kalau die tak didik aku ngan betul ntah jadi ape ntah aku skang ni. sampai senja gak la aku duk dlm lokap. last2 mak aku dtg suh cik Din buka kan pintu. yes! aku dah bebas. merdeka!...merdeka!...merdeka!

kisah kenakalanku bukan disitu ajer. terjadi lagi satu kes bila aku mandi lombong ngan kengkawan. satu ari tu memember ajak mandi lombong. kali ni mandi lombong bukan sebab takder air, sbb sajer2 jer...biasa la budak2. aku ngan kengkawan pegi la mandi. tp bukan kat kawasan yg selalu aku mandi bila musim takder air. kali ni kat tempat yg aku pun tak penah mandi lagi kat situ. member aku kata situ dalam best mandi. kitaorg pn mandi la dengan seronoknyer. tp aku mandi kat tepi2 je sbb aku tak pandai berenang. ntah macamana ntah aku boleh terpergi kat tempat dalam pulak. bila aku nak jejak kaki je tak sampai. lepas tu aku pun terkapai2. ntah baper banyak air aku minum ntah. tiba2 ader org tolong selamatkan aku...fuh! Alhamdulillah...panjang umur aku. nasib member aku jerit panggil org. yg pelik nyer ader pulak org dengar tu. yg penting aku masih idup dan masih idup sampai skang...aku kena banyak2 bersyukur...
NASIB TAK MATI LEMAS.

oklah aku pun dah ngantuk ni...sebenarnyer ader lagi satu citer yg tak leh aku lupa. tapi takleh citer, hehe...nak tau tanya aku sendiri. chow...nashledanou.

Khamis, 25 Disember 2008

Masa Kecilku di Pahang

Dobry den. today is stvrtek. Yes yes Man Utd menang ngan stoke city 1-0...gol last minit dr Tevez...terhibur sikit ari ni tengok bola...ari ni duk umah je aku...nak g kedai semua tutup...cuti Kristmas. ari ni aku nak citer apa ek...check it out...

nama aku MKA b Abu Bakar. aku dilahirkan pd jam 10:47 mlm tanggal 14 mei 1981
di Hospital Tangkak Muar Johor. nama bapa aku Abu Bakar bin Besah, seorg pesara polis. sekarang ni menoreh getah kat kg. mak aku pulak Fatemah bte Musip, seorg suri rumah je. masa aku kecik2 dulu kehidupan aku sekitar negeri pahang. Almaklumlah bapa aku polis...asyik pindah je. antara tempat2 yg penah aku tinggal masa kecik dulu Felda Kemasul, Manchis, Kg Chemomoi dan Bentong. kenangan masa kecik aku tak baper ingat dah nak citer...yg aku ingat aku tadika kat tadika kemas, balai polis Bentong, Pahang.

1988
aku darjah satu di Sek Ren Keb Sulaiman, Bentong...aku kelas 1 Hijau...pagi2 aku g sekolah jalan kaki...kat kelas kwn2 yg aku ingat Linda, Abu Bakar, Sarjit...lain nama aku dah lupa dah...dah baper taun tinggal kan Pahang. waktu rehat je mesti lumba lari nak g kantin...biasa la budak2...duit belanja aku darjah satu masa tu 20 sen je...cukup la nak beli benda makan...aku ingat lagi bila mak aku pesan duit kalau tak belanja simpan...last2 aku tak belanja terus, aku simpan...haha...aku sekolah kat sek ni setahun je...pas tu aku pindah melaka sebab bapak aku kena pindah...yg best nyer peksa tengah tahun aku dapat no 2 akhir taun no 1...haha cam tak caya jer...

dok kat balai Bentong dulu syok...ramai budak baya2 aku...keje aku main je...pagi ptg siang malam main...main besikal pusing satu balai, main permainan kat taman permainan, main kejor2...ala 'polis entri wan tu jaga...polis mati pencuri jaga' saper last kena kejo...haha

tp paling aku ingat dua kali kepala aku ni cedera...1st time kena batu...biasa la main baling2 batu...pelik2 tul anak polis ni...ambik ko kena jahit kepala aku...biasala mesti nangis punyer kan...tp nama pun budak2 kan tak serik...lama lepas tu kali kedua masa main buaian...ala buaian yg bulat besar tu...aku buai laju2...ntah macam mana ntah bila buaian tu dah terangkat2 aku cuak...aku pn terjun keluar dr buaian...tp salah landing pulak...adoi hai...buaian tu dah la besi...aku pulak landing jatuh tengah2 buaian...nah! lantai buaian kena kepala aku...kali ni aku menangis2 tak nak g spital...takut jahit lagi...haha...mak aku ubuh gamat...tp kesan luka nyer sampai skang ni...kengkadang bila hiper aktif berdenyut2 gak belakang kepala aku ni. ape nak buat saper suh nakal2

yg best nyer masa raya...sebab sini ader 2 blok 4 tingkat...banyak tu umah nak raya...yg dajalnyer aku raya umah yg tak kenal aku 2 kali...haha...tp kantoi gak sbb makcik pakcik ni kenal mak bapak aku...haha

lagi...mlm2 aku ikut bapak aku g surau...tp yg tak syok nyer bila balik umah nak naik tangga...dah la gelap takder lampu...bapak aku suka takut2 kan aku... apa lagi berlari la lumba naik tangga ngan bapak aku...haha...tu gurauan bapak ngan anak namanyer tu...

k lah cukup lah utk kali ni...penat menaip...nashledanou

Rabu, 24 Disember 2008

Salam Brno

Salam semua...aku sebenarnya baru nak belaja. 1st time buat blog. ari ni dah banyak dah aku tido...dah tak boleh tido dah, padahal ni waktu tido ni...hehe....

untuk pengeta
huan skang ni aku berada di Brno, Rep Czech. dunia yg asing. dunia yg tiada bangsa aku.... boring tahap dewa ni. baru ari ni nak try buat blog. ntah jadi aper nanti
aku pun tak tahu..belasah aje la. aku tengah cuti krismas ni, 2 minggu pulak tu. ari ni ari yg ke 81 aku berada di Rep Czech. aku tiba pada 6 oktober 08 yang lalu. dari KLIA flight aku kul 11.10mlm. cek in kat KLIA baggage aku lebih melampau2...nasib baik ader orang dalam...abang aku gak...haha. baggage aku 40kg lebih padahal baggage yang dibenarkan 20kg jer...2 beg tu aku bawak. satu baju satu lg penuh dgn maggi...haha. takut makan kat Czech takder yg halal. yg hantar aku tak ramai 4 org jer...ayah, mak, man ngan nuzul...nuzul ni member aku...kalau tak 5 org tp minah tu (awek aku) keje daaa...hahaha...mohaini pun kalau tak nak ikut hantar jugak...pun sama keje gak...terharu family aku bila aku nak blah...menitis air mata masing2...haha tu tanda diaorg syg aku...nuzul je tak nangis...tapi nuzul pn syg gak kat aku...aku tau...tu sbb dia sanggup hantar aku...terima kasih nuzul...aku je tahan air mata aku...tapi bila dah turun eskelator menitis gak air mata aku...tapi aku control..kang nampak member kena kutuk pulak...haha...sebab aku g Czech ni 3 org...dalam kapal terbang aku amik gambar...
ni la gambo aku jakun nak pi oversea...bukan jakun naik kapal terbang. Almaklumlah tak penah g oversea...sepanjang perjalanan aku teringat2 pesan bapak aku...jgn tinggal solat...

punyer la lama duk dlm flight...sampai dah tak lar
at aku nak membuta...12 jam maaa...dah la pramugari tua2...tension jer...

flight aku KL 810 sampai kat Amsterdam dalam kul 6.30 pagi waktu Amsterdam...

aku kena tukar fligt lain utk ke Prague pulak...aduh nasib baik ader peta airport...sesat naya je aku. cam b
iasa sampai je tempat menunggu aku posing lagi...haha...bukti dah sampai Amsterdam...poyo tul...
aku kena naik flight KL 1351
...kejap je lepak kat sini...dalam
kul 7pg dah kena naik flight...

aik tiket sama...tadi pramugari baju kaler lain...ni kaler lain...boleh pasing2 pulak dieorg ni...nasib baik kali ni pramugari cun2 haha...mesti geng2 pramugari terlampau ni...haha

alamak kapal terb
ang tak leh naik pulak...siul tul...cuak
kejap aku...2 round gak pilot ni try tak leh gak naik...kapal terbang semput kot...aduh...tak kan aku mati kat sini kot...haha...2 jam menunggu sblm technician dan engineer die repair...nasib banyak makanan awek2 pramugari ni bagi..."perut kenyang hati senang" mulut pun diam...pandai tul dieorg ni rasuah tak nak bagi org complain.

2 jam menunggu ader negro ni nak ngurat stewardess pulak...tak sedar diri tu dah la hitam...ek eleh...aku ni tak pe la...hahaha...lepas 2 jam mencekik dlm flight akhirnya berjaya gak kapal terbang ni meninggalkan lapangan terbang Amsterdam...
sampai kat lapangan terbang Prague kontraktor mat salleh ni dah tunggu dah dgn 2 kete. kitaorg pn bergerak ke Brno...memakan masa 2 jam perjalanan dgn kete. kitaorg singgah mkn tengahari kt kg yg aku pn tak tahu namanyer...lepas mkn terus g Brno...

sampai Brno mamat mat salleh ni bawak ke penginapan yg bakal menjadi tempat tinggal aku sepanjang kursus ni. lupa nak bagitau aku kursus kat sini...haha. kat Brno ni aku tinggal kat Namesti Slovenskeho Narodniho Povstani...dieorg bagi apartment sorg satu...apartment yg ok la...bilik satu, tandas satu, bilik air satu, dapur satu, ruang tamu satu dan lengkap dgn perabut. tauke apartment ni pompuan...pulak tu tk tau speaking
...so, kontraktor mat salleh ni dealkan lah utk aku...lepas t/tgn kontrak sewa, bermulalah kehidupan aku di bandar Brno ni...

mamat mat salleh ni ader 3 org...2 org dah balik Prague, tinggal la sorg je nak layan kitaorg selama seminggu...dia nak bagi orientation kat Brno ni...haha...nama die George.

selama seminggu George bersama kitaorg die bawak la g Tesco, Billa utk beli barang dapur...makan tengahari n malam George belanja...haha...George siap belikan no tepon sekali...vodavone...seminggu ni gak George bawak g Univerzita Obrany...tempat aku akan menjalani kusus nanti...dapat la kitaorg silibus yg banyak giler...ntah aku paham ke tak nanti...haha...habis seminggu George pn blah balik Prague...tinggallah aku bertiga...haha

minggu kedua kelas pun bermula...sehingga la cuti krismas ni...haha...sepanjang hari pengajian rutin
hidup aku sama jer tiap2 hari...pagi g kelas balik masak mkn tengahari ptg main game layan muvie sampai malam pas tu tido...haha...study malas...sabtu ahad layan bola...EPL, Laliga...sekali sekala keluar g Tesco, Kauflan, Albert beli barang dapur, sayur dll. mmmm...bila nak berjalan ni.... oklah ni je kot utk ari ni...nashledanou.