Ahad, 28 Disember 2008

Masuk Asrama

Dobry den. today is nedele. ari ni dah ari ahad...cuti Kristmas tinggal lagi seminggu. boring betul bila takder aktiviti ni. rambut aku pun dah panjang...bila nak kuar g potong ni...nak kuar pulak sejuk... siang -3 malam -6 pagi tadi salji turun...malam ni aku rasa harus tambah lg salji ni...sambung kisah aku la...

1994
aku naik tingkatan satu. aku dapat sek asrama. Sek Tun Perak, Jasin, Melaka. kawan2 sekelas aku...ramai yang masuk Sek Iskandar Shah...berpisah lg dgn kawan2. lepas ni dapat kwn baru pulak.

dapat tau masuk asrama mak bapak aku persiapkan brg2 aku. ari ahad lapur ambil bilik. aku duk dorm Ibnu Khaldun. habis bawak brg2 aku naik bilik...tiba masa berpisah pulak...mak bapak aku pesan belajar elok2. ok mak. mula nye aku tak sebak pn. bila aku naik bilik. budak katil sebelah aku boleh nangis pulak. aduh! sadis ni. aku buat hal aku je la. kemas brg2 aku masuk dlm locker. then aku pun baring2. aku katil bawah. tengok la playwood katil atas aku. tetiba terkenang wajah mak bapak aku. ntah mcmana meleleh air mata aku.

ya! aku masih ingat...waktu tu aku berazam utk belajar bersungguh2 utk ubah keluarga aku kepada kehidupan yg lebih baik...aku bukan org susah dan aku juga bukan org senang. aku dtg dr keluarga yg sederhana. adik beradik aku 6 org. tp sebenarnya bapak aku kena tanggung 8 org sbb aku ada adik beradik sebapa. abang dan akak tp tak tinggal sekali...dieorg tinggal dgn datuk dieorg...wp aku dr keluarga yg sederhana aku sentiasa pikir yg aku dr keluarga yg susah supaya aku tak lupa diri dan terus berusaha. tu sbb aku tak kisah kalau bapak aku lupa bagi duit belanja. kalau boleh aku tak nak bapak aku susah sebab aku. cukup la bapak aku tanggung 7 beradik aku. "ayah tak yah la susah utk abg" abg boleh cuba berdikari...hehe...padahal yuran sekolah semua bapak aku yg bayar...mana mungkin aku boleh berdikari...tp mungkin aku boleh kurangkan beban die.

minggu pertama minggu orientasi. aku tak ingat aper aktiviti masa minggu orientasi ni. yg aku ingat warden aku ader 3 org. ustaz Tarmizi, 'Tampong' ngan 'Pacat'. 'Tampong' ngan 'Pacat' ni nama gelaran. aku dah lupa nama die...haha. habis minggu orientasi bermulalah sesi persekolahan. kelas aku semua laki. memember yg aku ingat antaranya Juhiswan, Marzuki, Hasan, Saiful, Bulem, Kudin, Capang, Izwan, Azillah, Along, Ciken, Rahman, Syazarikh, Ali, Luncai, Jide, Masnizan, Khairul dan yg lain lupe nama daa...aku kelas 1 bestari.

kat asrama brother senior bilik aku semua ok2...paling ok abg Halim. tp mulut kepoh la...membebel je keje nyer. hujung minggu pagi sabtu ngan ahad gotong royong. aku cukup tak puas hati bila bab gotong royong ni pasal apa dorm aku mesti dapat tempat yg paling banyak sampah punyer. mesti lambat siap.

bab ragging pulak. aku ikut kan je...biasa la junior...kena buat ni kena buat tu. aku ni senang je jgn kacau aku je...sekali tu ader brother suh tapau kan air. banyak pulak tu botol dia bagi. peh! fade up aku...aku g dewan makan isi air tp ader dengki sikit. aku amik lidi penyapu longkang tu aku kacau dlm tiap2 botol tu tp tak bagi sampai nampak keruh la. ambik kau! aku memang jahat.

itu kalau ambik air...kalau basuh baju lak. tengok baju la, kalau setakat peluh je aku rendam ngan air sabun je. biarkan beberapa jam terus sidai. haha...haram tak berus pun. lantak la bukan baju aku...fade up bila baju kotor la. nak tak nak terpaksa la aku memberusnye.

bisnes kepek cam biasa diteruskan. terpaksa la bapak aku hantar dr Kemendor ke Jasin bila hujung minggu atau bila aku tepon bagitau dah habis...boleh tahan gak la hasil jualan masa tu. warden pulak benarkan aku menjual. tp dia selalu bising pasal sampah je la. tp tu bukan salah aku...tu salah pelanggan aku...haha.

beberapa bulan kemudian mak bapak aku dtg bawak surat tawaran. tawaran masuk Sek Men Agama Sultan Mohammad. mak bapak aku tanya nak g ke tak nak. on the sport buat keputusan tak nak sbb takut tak leh jual kepek pulak kat sana nanti.

yg bestnye tahun ni bila musim world cup. aku ngan kengkawan satu kelas semua layan musim world cup ni dgn main bola sepak kertas. pantang cikgu tak masuk kelas je mesti buka padang...main kat belakang kelas. time rehat sambung, sanggup tak g makan tu. lawan punye lawan last2 final Kudin lwn Ali. Ali menang akhirnya. hadiah takder...haha...sajer main seronok2.

tu antara kisah2 masa aku tingkatan satu yg aku ingat. k la dah malam...makin sejuk ni...weather forecast kata malam ni minus 6. jom tido...

aduh sambung balik la...dah 3 jam dok bergolek atas katil tak tido2 gak ni...fade up aku, tengahari esok confirm tumbang.

1995
aku naik tingkatan 2, kat asrama dah senior. yes..yes..padahal ramai lg brother2 kat asrama ni...haha. bila aku naik form 2 aku tak kacau budak2 form 1 ni. malas aku...buat hal sendiri je. bukan aper aku dah buat mcm2 kat brother aku sat lg aku pulak kena...haha. form 2 aku pindah dorm, masuk dorm Omar Al Khatab. satu dorm ni budak form 2...cantik. satu kepala...yes. asrama aku ni 3 tingkat mengadap umah warden, kat tangga siap pasang pintu grill lagi. alkisah nyer....

hampir tiap2 ari sebelum Subuh ustaz Tarmizi akan naik bilik ngan rotan die. saper yg tak bangun lagi dapat la habuan. samer la ngan 'Tampong'. 'Tampong' pn rajin jugak naik bilik kejut budak bangun pagi. aku pun sebenarnyer salu gak kena. kebas gak la punggung ni kalau kena sebat. kalau kena betis lagi pedih. nyam...nyam. solat Subuh berjemaah kat surau. tp bila dah senior sikit ni...mula la. bukan aper kalau lambat turun g surau pintu grill kat tangga tu 'Tampong' kunci. last2 solat Subuh kat bilik je. pastu kena standby sbb biasa lepas habis solat Subuh, 'Tampong' naik balik, cek budak saper yg tak turun surau. time ni yg kena standby. sebelum ni dah kena tak kan nak kena lagi. hehe...solution nyer nyorok dlm locker...haha. locker aku dah la penuh ngan kepek. aduh nak nyorok pn leceh. last2 bila lambat je, buka cermin tingkap belakang, keluar kat brendar belakang...ape lagi terjun la. dorm aku tingkat satu je...

lepas Subuh terus sarapan. time ni kalau saper keluar awal dr surau jumpa la ngan geng2 yg terjun2 td. tau2 je dah ramai beratur amik sarapan. mana die org nyorok ntah. abis sarapan naik atas tukar baju g kelas. sampai kelas belasah tido jap...haha. habis kelas tengahari, balik asrama makan tengahari, sebelum tu singgah surau Zuhur dulu. habis makan lepak bilik jap sebelum prep petang. time ni bukak kedai kepek aku jap. ramai beb beli...huhu. dengar je org ketuk2 pintu grill cepat2 la turun, tak kang kena kunci lagi. time prep aku study beb...rajin aku ni. cam biasa bisnes kepek on gak. beg aku mesti penuh ngan kepek punye. time prep pun bisnes...haha.

habis prep solat Asar pastu g minum petang then sukan pulak. lepas sukan naik mandi. lepas mandi turun balik, letak beg kat bilik prep utk prep mlm, pastu g makan malam. habis makan solat Maghrib. habis Maghrib, prep mlm...time prep mlm aku tak bisnes sebab beg kena tinggal td, sat lagi habis Maghrib kepek aku lesap lak kang...hehe. tp kengkadang aku miss turun sebab nye biasala pintu grill dah kunci. kalau rajin lompat aku lompat, kalau tak belasah membuta kat bilik jela. ramai sebenor nyer yg membuta kat bilik time ni...haha. tp yg rugi nyer kalau tak turun tak der la makan. tak kan nak makan kepek kot...

habis prep mlm solat Isyak pulak. habis solat Isyak, minum malam pulak. banyak tul makan dok asrama ni...tp badan aku tak besor2 gak. habis minum malam naik bilik. time ni cam biasa aku buka kedai lg. sebelum tido kira duit baper satu ari aku dapat. haha...syukur2.

citer pasal bisnes kepek ni...aku memang senang hati tul. tak payah susah2 bapak aku nak bagi aku duit belanja. die perlu susah hantar bekalan je bila kepek habis. aku pn tak pernah mintak duit belanja pun. time2 bapak aku hantar bekalan tu, die mesti tanya punye, "ader duit belanja tak?" aku jawab ader je. tp dah nama bapak kan, dalam sebulan tu bapak aku bagi gak dlm 10 hengget. aku tak mintak, kalau bg aku ambik...hehe. banyak gak untung jual kepek ni, aku beli buku tambahan pun pakai duit upah dalal jual kepek ni je. banyak untung sebab nyer takder saingan...hehe. kalau ader pn dr kelab usahawan. jual maggi, itu pun selalu tak der stok. aku siap buat rekod lg jual kepek ni, sbb nanti senang nak budget, agak2 bekalan tinggal utk satu ari aku tepon umah suh hantar lagi. esoknyer mesti bapak aku sampai punyer la.

1996
aku dah tktn 3. bisnes on cam biasa. kelab pengawas pulak mula buka kedai bawah tangga. persaingan yg sihat...hehe. memember aku gak jaga, si Izwan Salleh. tahun ni aku PMR tp prestasi markah2 aku mula merosot, aku pun tak tahu aper masalah aku. yg meningkat hasil jualan kepek aku je...nak kata bercinta takder...ntah la. last2 dapat la 6A.

seronok bila aku duk teringat balik kisah aku kat STP ni. ape2 hal
aku nak merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peminat2 kepek aku yg tak pernah putus asa membeli dan melariskan kepek2 aku. kepada yg tangan panjang tu jgn risau, aku halalkan. aku tau banyak miss. aku tak kisah sbb still untung...hehe. tidak lupa jugak kepada warden2 asrama yg membenarkan aku berniaga tanpa lesen. aku mintak maap sbb sampah kat asrama STP ni kebanyakannye plastik kepek aku...hehe, nak buat cam mana bukan aku yg buang. kepada kelab usahawan, nak berniaga biar serius, bekalan tu kalau boleh jgn la sampai putus...hehe. kesian kawan2 aku lapar, makan kepek mana kenyang...tp nak buat cam mana kepek je yg ader. oklah anyway aku gembira jadi warga Sekolah Tun Perak. bye...nashledanou.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan