Jumaat, 2 Januari 2009

Kehidupanku di Skudai

ari ni salji turun. temperature minus 7...sejukkk. ok sambung citer kisah aku di skudai pulak.
gambar skot 2003 di Skudai

pertengahan 2001 aku pindah study kat UTM pulak, sbbnyer ATMA punyer fasiliti masih tak mencukupi. bergerak la aku ngan geng2 Engineering yg lain melapor ke Skudai. m
aka bermulalah kehidupan aku di Skudai. aku duk bilik besar masa ni. duk ramai2. semester bermula cam biasa...aku dah tahun 3 masa ni. masa ni baru la jumpa balik geng2 aku masa kat maktab dulu. semester ni aku amik subjek kenegaraan, basic control, elektronik 3, mikro p, dsp ngan persamaan pembeza. malang sekali bila aku gagal dsp. padan muka siapa suh malas study...haha. start pindah skudai ni la banyak betul subjek2 yg aku tak paham. tiap2 sem mesti ader subjek kantoi. berpeluh2 nak bg clear...haha. sem ni yg best nyer bila senior kantoi bawak motor, semua intek kena belasah dr kul 7 sampai kul 1 tengahari...malu je ngan awek2 utm yg lalu lalang...haha. lebih2 lagi bila x-classmate aku masa kat maktab, Aliya nampak aku kena belasah....adoi hai.


kenangan di bilik aku di Skudai


Bersama kawan2

habis sem cuti pertengahan sem pulak. masa ni balik sg besi. senior 2001 tauliah. dulu masa aku duk sg besi cuak jer bila senior skudai turun...tp kali ni aku pulak la turun skudai, tak tau la aper jr2 sg besi ni rasa...haha. masa ni penginapan kat kontena. dua tahun sudah aku tak terlibat secara langsung ngan perbarisan. tahun ni pun sama gak. haha...memang kaki tuang tul aku ni. aku memang tak minat kawad2 ni. panas...huhu. aku masih mengekalkan taktik menuang. habis majlis pentauliahan geng2 skudai balik semula skudai.
bergambar di hadapan bilik aku

sambung balik semester kedua tahun 3. belajar cam biasa. aku amik subjek kontrol, sistem digit, com, kaedah berangka ngan dsp yg aku gagal sem lepas. aku mula risau pasal tempat praktikal. aku pun tak tau nak praktikal mana masa ni. tak der idea. bila habis semester kedua ni baru la nak terhegeh2 cari tempat praktikal. last2 dapatla aku tempat praktikal di Sapura Teknologi Sdn Bhd anak syarikat Sapura Holding. result pulak teruk...aku gagal dua subjek kali ni. adoi hai. kontrol ngan com.

Sapura tempat aku praktikal ni kat Sg Besi. praktikal aku kejap je dr bulan mei 2002 hingga julai 2002. masa praktikal ni aku duk menginap kat blok G. tempat tinggal lama aku dulu. aku praktikal sekali ngan Kubong ngan Pak Aji. skot aku dua org ni sama tempat. aku je terasing sorang2. Kubong ngan Pak Aji bawa moto, aku je takder ape2. so kubong pinjamkan motor dia kat aku. adviser aku Mej (B) Jailani. dia Manager utk STSB masa tu. sekarang ni dgr citer die dah naik pangkat...tak tau la pulak jawatan aper sekarang ni. aku
praktikal kat HQ sapura teknologi ni kejap je...dlm 2 minggu, pastu attach kat Keramat dua minggu pulak. bulan kedua aku dihantar ke TUDM Butterworth selama 2 minggu dan 2 minggu lagi kat TUDM Kuantan utk study simulator sbb nyer simulator ni Sapura yg buat maintenance. balik dr butterworth ngan Kuantan cam biasa tinggal lagi sebulan buat report hantar. habis praktikal aku n the geng kembali ke Skudai.

sambung semester, tahun 4 pulak. diam tak diam dah tahun 4 dah. kali ni aku amik balik kontrol, campur EMT, pengawal terbenam, vlsi ngan psm 1. com ilek dulu...hutang dulu...haha. banyak main tul aku duk Skudai ni. habis sem cam biasa mesti ader kantoi. kali ni kantoi subjek EMT ngan pengawal terbenam. memang terbenam tul aku. dah 3 subjek hutang. habis sem sambung parade pentauliahan senior 2002 pulak. adoi hai...kali ni tak dapat nak menuang. terpaksa join parade. habis parade balik semula ke skudai sambung perjuangan aku duk kat Skudai ni.

naik sem ni aku amik subjek com semula, tambah ngan EMT dan pengawal terbenam yg aku gagal sem lepas, sekali ngan mikro e ngan kawalan industri. lima subjek je...cukup ar. argghhh...sem ni pun semua susah2. last2 com aku gagal lagi, mikro e pun gagal gak. nasib EMT ngan pengawal terbenam aku lulus. kalau tak terbenam lagi la aku. masa ni dah nampak gaya2 aku akan extend ni. memang extend pun. mana tak nye dah berlambak subjek aku gagal

bulan mei-julai 2003 skot2 aku yg akan tauliah tahun 2003 dah tinggal 2 ke 3 subjek je nak habis. aku dan geng2 yg setia extend ngan aku masih banyak subjek lagi...haha. mei hingga jun tahun 2003 ader semester pendek. pulak dah. aku amik gak utk kurangkan subjek2 aku yg masih melambak2 tak clear lg. semester kali ni aku amik institusi islam, ekonomi kejuruteraan ngan pengurusan kejuruteraan. semester ni la yg paling bahagia. semester ni la yg paling aku suka belajar...haha sbb senang giler subjek2 nyer. tenang jer aku study dan semester ni la satu2 nyer semester yg aku lulus semua...haha.

naik semester baru skot2 aku yg mana dah confirm tauliah prepare utk g LKPT. aku n geng extend terpaksa meneruskan perjuangan menghabiskan subjek...huhu. masa ni sekitar ogos ke nov 2003. aku tinggal lagi 7 subjek lagi nak clear. tp sem ni tak leh amik semua aku amik sikit2 je kang yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran. so, sem ni aku amik 3 subjek je. aku amik mikro e, psm 2 ngan multimedia. tp malang nyer taktik tak menjadi...huhu. satu je clear...multimedia. nampak gaya nyer aku kena amik banyak2 sem depan.

sem seterusnya sekitar bulan januari hingga april 2004 aku amik 5 subjek pulak. aku amik com, mikro e, psm 2, advance vlsi ngan data com. sem ni dah tak ramai skot2 aku yg tinggal...yg lain dah tauliah. dah terselamat di unit2. macam2 cerita aku dengar. mental pulak aku bila dengar citer2 skot2 aku yg dah tauliah ni. tp nak buat cam ner aku sondol je...haha. sem ni aku tak larat nak clear kan semua. aku simpan satu lg subjek...haha. data com pulak sangkut. takper sem depan tinggal 2 subjek je. kira settle la tu.

semester seterusnya aku kembali enjoy. memang la enjoy amik data com ngan teknokrat je...haha. akhirnya clear gak subjek2 aku...tp aku dapat berita tak gembira sbb aku tak leh komisyen post utk 2004 sbb aku belum g LKPT lagi. aduh...tangguh lagi...lama lagi la aku duk kat ATMA ni.

hampir 4 tahun aku duk kat Skudai ni macam2 kenangan aku ngan skot2. waktu pt pagi ari selasa ngan khamis mesti menuang, lari sampai FKM pastu membuta...haha. sebelum baris basah kan baju...konon2 berpeluh...aduh hai...macam2 hal. time takder kelas membuta sakan...main game. petang main hoki...siap rembat kayu hoki kat stor lagi...haha. segala kenangan ngan skot2 aku terutama yg extend memang tak leh dilupakan. layan world cup 2002 sampai tak g kelas...haha. penghujung 2004 aku dah pindah sg besi semula. itu lah antara kenangan2 yg larat aku coretkan kat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan