Ahad, 4 Januari 2009

Jalinan Mulia

ari ni last cuti tahun baru...esok sambung kursus balik. rasa malas pulak nak start kursus semula bila lama dah cuti...aku nak sambung kisah aku dengan Jalinan Mulia Sdn Bhd.

kisah ni bermula masa aku dok Skudai. suatu petang tu cam biasa aku nak g main hoki. Meor ajak ikut dia, kata nya dengar ade bisnes baru. aku menolak sebab aku nak main hoki...aku pesan kat Meor, balik nanti citer kat aku. so, aku pun bersukan lah dulu. malam tu masa rehat2 kat bilik aku tanya pasal bisnes yg Meor dengor...Meor roomate aku masa extend sebelum dia komisyen. so, Meor citer la serba sedikit. Meor suh tanya Kubong sbb yg bagitau bisnes ni pun abg ipar dia. so, aku turun bilik Kubong tanya lebih lanjut. ringkasnye bisnes 10%...huhu. utk tahu lebih lanjut esok malam brother tu dtg kat bilik Kubong. ok...esok aku dengar sekali lagi...aku buat keputusan. aku dah paham dah sebenarnyer berdasarkan citer Kubong tp esok aku nak dengar sendiri dr brother tu. balik bilik aku berkira2 sikit.


Team hoki di Skudai

esoknya tanggal 1 mei 2004 aku g bank keluarkn duit aku RMxxxxx. standby mana nak tau malam ni ok ker bisnesnyer. malam tu di bilik Kubong, brother ni dtg dua org. so, bermula la brother ni story bermula dgn citer bagaimana mereka mula berniaga sehingga timbulnye 10% ni. aku mendengar dgn penuh minat. habis citer aku join terus. bukan aku sorang semua memember yg ader dlm bilik Kubong tu join. lepas join brother ni blah tp dia pesan senang2 telepon dia dan dia ajak g opis sekali. brother ni ader opis di Taman U.


opis di Taman U

esoknya aku mesej2 ngan brother ni. bermula dr saat itu aku mula akrab dgn brother ni. Abu Bakar bin Mohd (aruah) dan Hairudi bin Ahmad...owner kepada syarikat Jalinan Mulia Sdn Bhd. so dari hari ke hari aku makin akrab dgn aruah dan brother rudi ni. boleh dikatakan tiap2 hari kami bertemu dan bersembang2. selalunye kalau aruah turun JB dr KL mesti dia telepon aku suh lepak opis. aku ajak Nuzul sekali melepak kat opis. sampai tidur sekali kat opis. sepanjang perkenalan aku dan aruah...aruah ni memang baik. dia memang berniaga dgn jujur. tak salah aku membuat keputusan utk join dgn Jalinan Mulia ni. hasil dr join Jalinan Mulia ni...rezeki aku pun makin bertambah. aku sebarkan pulak hal ni kat kg. so, family ngan sedara mara aku pun join jugak.

yg rapat ngan aruah masa tu aku, Nuzul ngan Alwi...kami bertiga selalu g opis kat Tmn U bila aruah turun JB. kalau aruah ader kerja di Singapore pun, balik dr kerja mesti die telepon aku ajak jumpa...minum2...tido opis. bila duk bersama, dia citer berkaitan bisnes JMSB...apa status dan progres projek2 yg sedang berjalan. aku selalu dengar dgn penuh minat. masa ni aku mula minat semula nak berniaga...aku teringat masa zaman aku sek jual kepek...zaman aku lepas SPM jual kopok lekor. aku nak belajar dari aruah macam mana nak berniaga. hasil dr perkenalan ni jugak tak lama lepas tu aku beli kereta...JHR 1453.


Jamuan makan sponser by JMSB

bila ader kete ni aku sebar2kan pulak citer 10% ni kat skot2 aku yg dah keje. dr JB aku turun Kluang...Melaka...PD...KL. ramai gak la skot yg join. masa tu aku niat nak membantu JMSB dan nak kongsi ape yg aku ader dgn skot2. tindakan aku ni membuatkan aruah rasa bangga...dia pernah cakap kat aku yg dia bangga kenal aku. aku pun berterima kasih sbb akrab dgn dia...aku dapat tau serba sedikit selok belok berniaga. memang waktu tu aku ader niat nak belajar berniaga ngan dia...aku memang minat bisnes tp dah menyimpang sebab masuk atma.

bulan 12 2004 aku kena balik Sg Besi...time ni aruah pesan jgn lost contact. dia ader panggil aku bagi nasihat utk plan masa depan mulai sekarang... tambah ilmu pengetahuan secukup nye... senang2 singgah opis KL. duk KL aku dapat luangkan masa ngan diaorg ari sabtu ahad jer. aku lepak g umah dieorg kat Gurney High...opis kat Danau Kota. sampai masa aku kena g LKPT kat Ulu Tiram pulak. masa ni aku dah kurang jumpa ngan aruah sebab sibuk ngan latihan.


aku dan awek aku di opis Danau Kota, KL


bersama kawan2 aku di opis Danau Kota, KL

satu hari tu aruah ajak jumpa sebab dia nak g UK atas urusan bisnes. aku, Nuzul ngan Alwi g jumpa aruah kat umah sewa aruah kat Tmn Pulai. dalam pertemuan yg sekejap ni kami berpeluk seperti sahabat yg akrab. aku tak sangka rupa2nya ini lah pertemuan aku yg terakhir dgn nya. selepas pertemuan ini, beliau berangkat ke UK beberapa hari kemudian. aku ngan Nuzul balik kem sambung latihan. Alwi stay rumah aruah...dia ade PSM masa tu. masa aruah kat UK beliau ader sms aku khabar kan berita gembira pasal bisnes.

2 ke 3 hari selepas aruah balik dr UK aku dapat berita buruk. bang Azmi tepon aku bagitau aruah excident. aku bergegas balik Melaka umah aruah ngan Nuzul. stop latihan kejap. sampai umah aruah dah lewat...aruah dah selamat dikebumikan. family ngan skot2 aku semua dtg sekali. aku tak sangka persahabatan aku dgn aruah sesingkat ini. semoga roh aruah dicucuri rahmat hendakNya. Aminnn....


kenangan bersama aruah masih segar dalam ingatanku

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum sya dh baca artikel ni.sya pnah join dlm syt jalinan mulia.tpi sya lost contact ngan hairudi bin ahmad.sya pnah mlabur ngan syt dia dlm jmlh yg bsar bg pendapatn bt saya....sya msih ada srat perjnjian 2007.mlah sya msih brhutg ngan bank slama 10 thn.blah tak sya dptkn no telefon beliau...ini pla no contect sya 011 27569070 skudai

    BalasPadam
  2. Saya pon kena dgn si rudi nk 50k..bg cek sebanyaak 10 keping..dgn 7% keuntungan..dpt cashkan sx je cek tu..pas tu keparit..desak mntk dgn dia..dia kta perlukan modal 20k..klu xdpt bg 50k tu xdpt bur..sya usaha cri 20k tu..dgn harapan doa dpt bur semua..tp malangnya..lesap juga..spi sekarang menanggung hutang 70k tu..huhuhu

    BalasPadam