Ahad, 11 Januari 2009

Selepas Tauliah

Selepas aku ditauliahkan aku ader 2 minggu cuti, masa cuti aku buat clearence. habis cuti dua minggu aku ngan Nuzul sama kor...lapor jabatanarah. duk kat jabatanarah seminggu pastu aku lapor unit aku 73WD kat terendak...nuzul lapor unit dia 74WD kat sg besi. aku duk mess 3 div. duk unit ni aku rapat ngan Arda ngan Roslan...skot aku gak. aku duk terendak ni kejap je...6 bulan then lapur kursus kat ijed. selama aku berada di terendak ni antara kenangan yg aku tak leh lupa bila akubawak team unit aku menang ragbi peringkat trup div. team aku rojak je tp final boleh kalahkan 2 KAD...haha. kisah keje aku rasa takder yg menarik kot...biasa je. yg best cuma pasak bumi...hehe. sepanjang aku berkhidmat ni baru sekali aku pasak bumi...sbb lepas unit ni aku posting under markas latihan ngan markas logistik je. bulan jun 2006 aku kursus kat ijed pulak.


kenangan bersama kawan2 di Melaka

aku kursus OLE 9 bulan sekali ngan Amin, Arjun, Shimi, Usop, Zul, Kimi, Ramli, Isham, Jana ngan Izura. sepanjang kursus bermacam2 aktiviti kena organize. aku minat bila sukan je...haha. futsal, bola sepak, bola tampar, bola sepak pantai...petang2 mandi pantai...haha. bulan disember 2006 aku ojt kat 4WM sampai januari 2007...2 bulan je. bulan febuari 2007 aku habis kursus...posting kl pulak, duk mk log, kump jlj.


team futsal rojak aku kat IJED

kat kump jlj ni aku duk so3 senjata sat, so3 pemeriksaan sat. Majmi la tempat aku merujuk...skot aku ni dh lama sikit servis dr aku. yang bestnya keje kat sini aku berpeluang tugas sementara di Sabah. masa duk kl ni jugak intek aku ader buat reunion kat Hotel Flamingo, Ampang...tp ramai yg tak datang. duk kl ni la dapat lama sikit tp baru setahun dua bulan aku posting lagi. bulan april 2008 aku posting Ulu Tiram, Johor pulak. duk pulada.

duk pulada syok nyer keje sampai kul 3 je sbb pusat latihan. petang2 dapat la aku bersukan...main badminton. kalau tak unit2 sebelum ni duk pulada ni aku berjaya bawak CKB naib juara pertandingan futsal peringkat pulada. masa final buat sekali hari keluarga. last2 komandan lantik aku jadi peg bola pulak. baru aku nak bergembira duk pulada ni aku kena g kursus lagi...kat Rep Czech pulak tu. adoi hai...lepas ni mana pulak la aku posting...tak pernah lama duk satu tempat...huahuahua.

tanggal 6 oktober 2008 aku berangkat ke Brno, Czech Rep. dan sekarang aku tengah running kursus aku ni...haha. rutin aku duk sini tiap2 hari hampir sama ajer. isnin sampai jumaat aku kursus 8pagi sampai 11pagi. balik masak tengahari, then main internet sampai tido. makan malam masak sendiri jugak. sekali sekala je makan kat luar. beli barang dapur semua ikut dan je...kejap beli kat Tesco...kejap beli kat aAlbert...kejap beli kat Billa...kejap beli kat Kauflan. kalau rajin berjalan aku g bandar pusing2 makan angin. hari isnin ngan rabu main futsal ngan mat salleh kat sini. sabtu ahad lepak umah je. aku sampai sini ari tu musim luruh, suhu pun below 10. lama gak aku nak biasa ngan cuaca sejuk ni...sekarang ni dah musim sejuk pulak. dapat la aku main salji yg takder kat mesia...huhu. musim sejuk ni kalau pusing2 bandar aku tak tahan sejuk je masuk bangunan...dah ok sambung berjalan balik. dah jemu gak aku duk pusing bandar Brno ni...rasa nak merayau g Prague pulak...haha. bandar brno ni bandar kedua terbesar kat Czech. Prague bandar terbesar...maybe after this aku sampai gak kat Prague tu. suhu kat sini sepanjang musim sejuk same je...siang minus 5 malam minus 11. mostly everyday minus la. minggu ni minggu terakhir aku kursus sebelum aku praktikal dua minggu. oklah esok aku ader kelas, jom tido.


kawasan penginapan aku pada musim luruh


bergambar sebelum ke kelas


pusing-pusing Brno selepas habis kelas


on the way balik ke rumah lepas shoping di Tesco

2 ulasan: