Sabtu, 3 Januari 2009

Cinta Pandang Pertama

ari ni aku nak citer kisah cinta aku pulak...huhu. aku sebelum ni kalau nak tahu tak pernah bercinta pun. minat kat pompuan tu ader la, tp aku tak tackle pun. kat maktab dulu pun ader minat kat sorang minah tu. tp aku setakat tepon sembang2 biasa je bila dia balik umah cuti. huhu...minah ni boleh minat Iklim pulak sdg kan aku muzik kureng masa tu. okla...kisah cinta aku begini.

cerita nyer bermula pada tanggal 30 jun 2002 di bangunan SUB kat kedai photostate. ari tu aku ngan Yusri nak g photostate nota kat bangunan SUB. cam biasa kena tunggu la sbb aku nak ari tu gak. masa tengah tunggu tu dtg la ader sorg minah ni berdiri kat cermin kedai photostate tu. dia pun nak photostate kot. aku masa tu tengah duduk kat kerusi, sajer je la aku baca2 tulisan kat belakang baju minah ni. minah ni pakai baju merah jambu tp aku dah lupa apa yg tertulis kat baju dia. lepas baca aku toleh ke arah cermin kedai pulak...haha rupanye minah ni tengah jeling kat aku...agaknyer die marah kot aku baca2 tulisan kat belakang baju dia. itu yg dia jeling ikut pantulan cermin kedai tu. aku cuma tersengih2 sbb terkantoi...haha. lepas peristiwa ni kehidupan aku kembali seperti biasa.

aku dok s38 masa tu...petang2 cam biasa la main hoki...tu je la sukan aku. aku join main futsal bila hoki tak cukup org je. peristiwa kedua pula berlaku waktu aku ternampak minah ni masa aku tengah baris nak g makan tengahari...aik masa tu aku teringat yg minah ni aku jumpa kat bangunan SUB...dok kolej yg sama rupanyer kita...then masa nak g makan aku follow...sajer nak tahu dia duk mana...tengok2 dia duk s15. pulak dah. satu blok ngan Aliya. budak kelas aku masa kat maktab dulu. adoi hai...tp masa tu aku rilek je.

kali ketiga aku jumpa lagi minah ni. kali ni kat bangunan akademik pulak. peh! ni makin dekat ni, semua cam nak sama jer...huhu. lepas peristiwa tu...aku terpikir2 macam mana nak tackle minah ni. dah la aku tak expert bab2 tackle pompuan ni. dapat satu idea. minggu depan nyer...aku cam kan memember laki dia. minggu seterusnya aku pun tegur la salah sorg mamat yg satu kelas ngan dia ni. Muzammil nama nyer...haha.

kebetulan pulak mamat ni pun sama kolej ngan aku. aku pun merapatkan diri ngan mamat ni. mamat ni pun ok jer pergaulan die ngan aku. bila dah rasa sesuai aku pun tanya la mamat ni saper nama minah ni...haha. baru la aku tahu nama minah ni...Marzaini bte Mohammad. tq Muzammil...gua caya lu. lepas dah dapat tahu nama minah ni aku cari la nama dia kat board2 yg ader kat bangunan FKE utk tahu maklumat lain pulak. jumpa la nama dia...alamak ic dia 830514xxxxxx...hehe sama besday la pulak. ni dah kira makin dekat ni...banyak persamaan...haha

satu ari tu aku follow minah ni masa nak balik makan tengahari. minah ni jalan ngan kawan2 dia. sampai kat tepi jalan dekat ngan blok s40 sebelum melintas aku tegur minah ni...aduh hai sombong giler...tak nak layan tu. malunya aku...memember dia dah gelak2 je nengok aku tak dilayan...haha. aku kena positif...biasala pompuan tak kenal tak kan nak layan kan.

peristiwa seterusnya, kolej 6 iaitu kolej tempat ATMA menumpang ader anjur acara tahunan. aku lupa dah apa nama acara ni. dekat seminggu jugak berlangsung. tiap2 malam ader gerai2 jualan. so, tiap2 malam merayau la aku kat kawasan gerai2 ni...mana tahu jumpa lagi minah ni. aku nak tackle jugak. haha...nak dijadikan cerita. jumpa jugak akhirnya. aku pun menegur dgn sebaik2nya...nasib baik kali ni dia layan. aku pun bersembang2 buat seketika. utk bagi dia ingat kat aku, aku buat pengakuan yg aku la insan yg tegur dia masa kat tepi jalan ari tu. sebelum berpisah aku mintak no telepon. berat gak dia nak bagi. tp last2 dia bagi gak lepas aku pujuk dia...haha.

lepas peristiwa tu berkenalan la aku ngan dia melalui telepon ajer...tiap2 kali bila aku ajak makan mesti dia tak nak. payah betul la...cam ner nak dating ni...haha. sampai la ketibaan hari raya yg ditunggu2. raya tahun 2002 Pian ngan awek dia si Herda dtg raya umah aku. lepas Pian raya umah aku, kami g raya umah minah ni...lupa pulak nak bagitau...minah ni umah dia kat Merlimau...dekat je ngan tangkak, umah aku. masa raya kat umah dia ni la berlaku peristiwa yg memalukan tp menaikkan saham aku...haha. aku pecahkan cawan...aku bukan sengaja sebenarnya. berulang kali gak la aku mintak maaf kat mak dia... "makcik...mintak maaf...tak sengaja ni..." ...Pian lak kutuk2 aku "oi, ko pecahkan cawan ni nak amik hati ker aper" adoi hai...tebal je muka aku masa tu.

lepas peristiwa ni baru la si minah ni mula menerima kehadiran aku. satu hari tu aku ajak minah ni keluar makan kat stable. kali ni dia setuju. masa tu 9 januari 2003. masa ni la aku meluahkan hasrat sebenar aku. aku telah mengakui mencintainya. cinta pandang pertama... huahuahua... esoknya 10 januari 2003 di tempat yg sama aku bagitau lagi sekali yg aku memang meminatinya...hehe.

sejak dari tu selalu la lepas sarapan aku bagi dia roti dan jem yg tak habis kat dewan makan aku. kengkadang aku tapau kan buah...biasa nye buah jambu. kengkadang jugak aku tapaukan mee, atas mee tu aku letak sos, aku tulis i love u...haha. jiwang bangat dong. time ni la aku yg tak penah g library boleh g library pulak ngan dia. teman kan dia study...haha, aku je yg tak study. petang2 mana roti yg dah expired kitaorg bg ikan makan kat tasik. tp petang yg bila hoki tak cukup org la...hoki aku tak leh miss beb...sukan kegemaran tu. ari sabtu ahad kalau rajin, pagi tu joging sama2. yg boring nye bila joging ni dia je yg berpeluh aku haram setitik peluh pun tak keluar. slow sgt joging...aku ni jenis nak keluar peluh kena ambil masa yg lama sikit. itu la antara aktiviti zaman aku bercinta.

19 ogos 2004 aku ader rezeki lebih sikit...aku beli kereta. bila ader kereta ni panjang la langkah aku. selalu gak la aku makan kat Tmn U. kenangan masa bercinta ni aku penah ajar die bawak kereta...tp aku emosional giler time mengajar. silap je kena marah. bukan aper beb kete baru tu...aku penah ajar sambil marah2 sampai nangis minah ni...kejam tul aku. terus tak lalu nak makan...haha. satu hari tu, aku bagi dia bawak kete. masa tu baru pandai sikit2 minah ni. masa tu nak masuk UTM ikut gate depan. bila lalu kat guarde minah ni slow kan kete, then bila nak jalan balik dia tak pandai nak kontrol sbb naik bukit. kat belakang ader motor...kereta pulak reverse, apelagi pecah la mudguard motor sahabat tu. terpaksa la aku g settle kan. lepas settle nak balik aku bawa semula. tapi minah ni pelik...dia tanya "asal tak marah" ...dengan agak sedih aku jawab "dah berlaku nak marah buat aper...beringat je la jgn buat lagi" ...hehe.

tak lama lepas tu aku dah bergerak ke Sg Besi pulak. lepas aku pindah Sg Besi aku dah jarang dating sampai lah ke hari ni... tp aku masih setia begitu juga dgn si dia. kami dah berjanji akan bersama... cuma masa masih belum mengizinkan. aku tengah kumpul duit ni...aku tak nak kahwin pinjam bank...buat loan. cukup lah masalah yg aku dah ader ni...aku tak mau tambah lagi...tu sbb aku tak kawin2 lagi ni. aku sedang berusaha utk selesaikan masalah aku dan mengubah kehidupan aku kepada yg lebih baik. aku yakin aku mampu lakukan...Aminnn.


ni la gambo awek aku


ni gambo masa aku dating ngan awek aku kat Taman Linear, JB


comel tak awek aku?.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan