Isnin, 1 Jun 2009

Spring...

Spring baru berakhir...Summer pula bakal menyusul.

Sepanjang musim luruh selepas kawan2 aku pulang dari Mesia, banyak jugak la aktiviti yang aku dah kumpulkan untuk aku coretkan disini. Macam biasa bila habis cuti Februari ari tu kelas bermula semula untuk menghabiskan kursus aku kat sini. Bulan Mac yang lalu kelas banyak dengan lecturer aku bernama Dvoracek. Dia ni speaking fail. Terpaksa la dia guna penterjemah. So, dalam kelas bila kelas dia terpaksa la dengar dwi bahasa. Nak buat macamana...layan ajela. Yang syoknye dia ni suka bawa kami jalan2.

Satu hari tu lepas kelas dia ajak aku dan kawan2 aku g melawan salah satu bukit yang bersejarah kat Brno ni. Bukit ni aku lupa namanya. tapi bukit ni la tempat terakhir dimana Napolean berjaya menakluki Eropah. lebih kurang macam tu la ceritanye. aku pun tak amik kisah sangat bila dia cerita. Peduli apa aku nak amik tahu pasal Napolean pulak. Yang best nye tempat ni banyak angin...syok je layan angin yang sejuk kat sini.

Suatu hari lain pulak Dvorace ni ajak melawat ader satu kilang di Pardubice. Balik dari Pardubice singgah kat stesen minyak berehat kejap. Masa tengah berehat ni tiba2 aku terperasan sebuah kereta yang mirip kereta Satria tapi lambang nyer bukan lambang Proton. Aku cuba teliti kereta tu betul2, sedang aku tengah memerhati kereta tu, tuan punya kereta pun sampai. Melihatkan aku tengah melihat kereta nya dan melihat rauh wajah aku dia terus menyapa "from Malaysia" sambil menudingkan jari menanyakan kepada ku. ringkas aku menjawap "yup". Lantas dia membuat pengakuan yang kereta dia memang kereta buatan Mesia, cuma dia dah makeup tu yang nampak lain sikit tu. Aku hanya tersenyum mendengar penjelasan mamat tu.Tak sangka pulak aku boleh jumpa kereta buatan negara aku kat sini. Ingatkan tak dieksport kat Czech ni.

Tapi best nye lepas musim sejuk ni akunye aktiviti bertambah sikit. Selain aku main futsal aku g berenang tapi aku g sesorang aku je, sebab si Azrie ngan Man tak minat nak berenang ni. Kat Brno ni dua tempat la aku biasa pergi, satu kolam renang kat Lesna tak berapa jauh dari tempat tinggal aku, Cerna Pole. Lagi satu kat Kravi Hora. Yang ni best sikit sebab ramai awek. Hahaha....syok cuci mata. Biasa la Minah salleh semua berenang pakai bikini. Tapi kenangan aku berenang ni aku dapat sorang kawan pompuan. Lenka nama dia.


Lenka

Gambar ni masa aku tengah makan tengahari ngan dia kat restoran, tak jauh dari kolam renang kat Lesna. Selalu jugak la aku beraktiviti dengan si Lenka ni.

First time aku g Prague, Si Dvoracek yang bawak. subjek yang dia ajar dah habis tapi masa kuliah dia banyak lagi...itu yang dia bawak kami jalan2. Yang best nye free. Hahaha....

28 April, pagi2 lagi kami bertiga naik satu kereta dengan Dvoracek. Macam2 tempat yang dia bawak kami pusing2 termasuk la gereja. Untuk menjaga hati kami layan aje la.


bergambar di hadapan muzium


bergambar di atas Charles Bridge


bergambar di hadapan jam astronomi


Prague dari atas Menara Bukit Petrin

Disebabkan tak puas merayau kat Prague. Aku, Azrie nagn Man pergi semula ke Prague, nak makan angin punya pasal. Tapi kali ni lebih terancang. Kami tidur di salah sebuah rumah staf Embassy. 8hb Mei hari Jumaat kami bergerak ke Prague sekali lagi dan bermalam di sana. 9hb hari Sabtu kami pusing sekali lagi tempat2 yg belum habis pusing dengan Dvoracek.


bergambar di hadapan 'dancing building'


bersama kereta darling cabaret

Malam tu sempat lagi aku g darling cabaret. Saje nak tengok macamana gaya nye tiger show. Hahaha.... 10hb balik semula ke Brno sebab Isnin 11hb ade kelas semula. Rasa nyesal pulak tak turun Prague masa cuti bulan Feb ari tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan