Ahad, 22 Mac 2009

Febuari Yang Dingin

Dah lama aku tak menulis...ari ni aku nak sambung semula kisahku.

Kisahku masih berkisar di Brno lagi. Kali ini kisah jakun aku bila jumpa salji. Tanggal 22/11/08 bila aku bangun dari pagi kawan aku si Man yang dah biasa dengan salji kejutkan aku. Malam tadi pun dia dah ingat kan aku yang hari ni akan turun salji. Man ni dah biasa dengan salji. Dia study dulu pun dekat UK, mana tak nye. dapat tahu saje slji dah turun aku terus jakun. Almaklumlah tak pernah jumpa salji. Man pun tolong layankan jakun aku. Aku bergegas gi ke berandar dan bermain dengan salji. Bila di pegang...la macam pegang air batu kisar je. Apa2 pun aku memang dah jakun. Kebetulan hari ni hari Sabtu, kelas takda. Aku pun berkemas dahulu sebelum turun untuk main dengan salji. Aku ajak Man bersiap. Lepas bersiap aku berdua turun sekali. Turun ke bawah aje apa lagi terus aku dan Man berposing amik gambar untuk kenang kenangan.


antara gambar kenang kenangan aku pada hari pertama turun salji

Hari ni la aku paling jakun. Bila dah kesejukan aku naik semula ke rumah, duduk depan heater. Aktiviti aku selepas turunnye salji berjalan seperti biasa. Kelas pun berjalan seperti biasa. Aktiviti orang2 Czech ni pun waktu musim sejuk ni berjalan seperti biasa. Cuma waktu siang yang singkat menyebabkan tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Kadang2 aku ngan Azrie lepas g beli barang dapur sempat jalan2 pusing Brno tengok keadaan dan cara orang Czech beraktiviti di musim sejuk ni.

Untuk aku aktiviti aku tetap sama, cuma musim sejuk ni kalau keluar ke bandar tu aku sempat tahan sejuk sekejap aje la. Bila rasa sejuk aku cari kedai2 berdekatan untuk panaskan badan. Bulan November ni menurut lecturer aku tak berapa sejuk sangat. sekarang ni pun suhu hanya mencecah -2 darjah celcius je. Bulan November ni pun aku tak banyak aktiviti, pergi kelas...habis kelas balik rumah layan internet jela.

Bulan Disember menjelma, bermakna cuti dah makin hampir. aku akan ada cuti sempena cuti krismas dan cuti awal tahun. Malangnye bila cuti bermula aku ajak kawan2 aku berjalan semua tak nak. Katanye tak sesuai. Disebabkan tak berteman aku pun duduk aje la kat rumah melayan kebosanan yang melanda. Dah la diluar sejuk, aktiviti kat dalam rumah pun membosan kan. Dah tak larat aku nak layan internet. Penat mendownload muvie aku layan lagu. Malam nak tengok TV pun aku bukannye paham bahasa Czech. Bila dah larut malam macam biasa la. Siaran lucah agak banyak jugak la kat TV Czech ni...layan ajela. Hahaha......Yang best bila hujung mingu je. Macam biasa la bola. Terisi masa lapang aku dengan layan bola. Lepas satu game satu game aku layan. Sampai masa sambut krismas aku pun keluar la sekali melihat gelagat orang2 Czech ni sambut krismas. Pada pemerhatian aku, dia orang ni sambut krismas biasa2 aje. Sebabnye aku tengok kat bandar ni tak nampak pun kemeriahan menyambut krismas sedangkan bandar Brno ni bandar kedua terbesar kat Czech. Aku pun tak paham.

Bulan Januari bulan yang dikatakan antara bulan yang sejuk dah tiba. Sebelum tu sambut tahun baru dahulu. Sekali lagi aku pelik, sebab sambutan tak meriah. Mungkin orang2 disini sambut hari2 istimewa memang macam ni kot...rilek je....sempoi je. Hehehe.... Bila cuti habis, kuliah bermula semula. tapi cuma tinggal dua minggu je. Kelas pun dah habis, tinggal slot untuk lawatan aje.

Bulan Januari ni sekitar 14hb hingga 18hb salji turun agak lebat menebalkan salji yang sedia ada. Aku sempat merakam gambar2 salji yang lebat ni. Almaklumlah, kat negara aku takde salji. Ade banyak lagi siri salji tebal tapi aku dah lupa. Minggu2 terakhir aku, Azrie ngan Man menghabiskan masa bersama. Sebab masuk bulan dua ader semester break pulak. Sebulan cuti. Man ngan Azrie bercadang nak balik Mesia tapi aku buat keputusan untuk tidak balik. Lagipun aku nak kumpul duit nak kawin. Hehehe....

Bulan Febuari tinggallah aku keseorangan di Brno ni. Peringkat awal aktiviti aku macam biasa. Waktu tu aku belum rasa bosan lagi. Terpaksa la aku pergi kedai beli barang dapur sorang2, masak sorang2, makan sorang2, layan TV sorang2. Masuk minggu kedua aku dah mula rasa bosan. Aku pun mula la mencari aktiviti2 yang sesuai bagi menghilangkan rasa boring aku. Aku pun serf la internet. Malang nye takder aktiviti yang sesuai pulaktu semuanye jauh2. Nak main sky jauh, kena g kawasan pergunungan. Aku pun mula rasa bosan yang teramat sangat.

Masuk minggu ketiga dah makin bosan. Satu hari tu aku keluar la jalan2. Macam biasa bila sejuk aku masuk bangunan panaskan badan dulu. Aku berjalan2 di suatu jalan bernama Paleckeho Trida. Tiba2 ternampak macam ader pesta. Aku pun mendekati. La...rupa2nya diaorang ni belajar naik kuda. Aku bernasib baik sebab ader minah ni boleh speaking. Aku pun berkenalan la dengan minah ni. Last2 dia ofer la kat aku untuk belajar sekali. Aku pun dek kebosanan layan ajela. Aku pilih kuda yang kulitnye putih. Mula la aku punye aktiviti tatkala aku kebosanan. Mulai dari hari tu selalu jugak la aku pergi kat area Paleckeho Trida ni belajar menunggang kuda. Nak buat macam mana, nak belajar main sky jauh, belajar main dengan kuda aje la. Hahaha....

Penghujung Febuari sahabat2 aku balik semula dari Mesia dan semenjak itu aku pun kurang pergi menunggang kuda. Awal Mac kelas pun bermula dan musim sejuk pun mulai reda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan