Selasa, 16 Jun 2009

Hari-hari Terakhir di Brno

Hari ni hari Selasa...aku hanya beberapa hari aje lagi berada di Brno sebelum aku berangkat pulang ke tanahairku. Bulan ni Universiti tempat aku belajar buat program lawatan ke tempat2 menarik sekitar Brno. Masa yg sama aku pun buat program aku sendiri menghabiskan masa yg ade sebelum pulang ke Malaysia.

Minggu yg sudah lecturer aku Mr Vesely bawa kami melawat Gua Macocha di utara Brno. Gua ni adalah salah satu tempat menarik yg boleh dilawati kalau datang ke Brno. Aku sempat la ambil beberapa gambar utk dijadikan kenang kenangan tp aku tak beli apa pun dtg sini sbb barang yg dijual mahal sangat. hehe.... Perjalanan dalam gua ni terpaksa la berjalan kaki melalui kawasan yg mana terdapat banyak kelawar. Sambil berjalan pemandu pelancong tak habis2 cerita pasalperihal dalam gua ni sbb setiap bahagian dalam gua ni ader kisahnye yg tersendiri. Sampai satu kawasan tu, terpaksa naik sampan sbb melalui kawasan yang berair pulak. Mula2 aku ingatkan sungai ni tak dalam rupa2nya dalam bangat tp aku dah lupa berapa kedalaman sungai ni. Yg best nye masa naik sampan aku duk sebelah pelancong pompuan. Aku memang saje setting bagi aku dapat duduk sebelah minah ni. ala2 manja sikit minah ni, mana tak nyer tengah2 sampan bergerak member dia daari belakang boleh cakap ader labah2 kat kaki dia. Sebab minah ni terkejut dia peluk aku. Hahaha best siut. Padahal member dia nak kena kan dia je. Itu je la sebeno nye yg best masa gi gua ni. hehe....


bergambar lepas sampai kawasan gua



bergambar sebelum masuk ke dalam gua


selesai bersampan tp terlepas nak bergambar ngan minah tadi...cis


bergambar sebelum pulang ke Brno

Aku juga sempat bergambar kat Masjid tempat aku solat jumaat tiap2 minggu. kat masjid ni jugak la tepat aku dapatkan ayam halal. kalau tak makan ikan ajela aku sepanjang tinggal kat Czech ni. Masjid ni hasil usaha pak Arab yg tinggal di Brno ni. kat sini ader beberapa Czech yg dah memeluk Islam. Semoga Islam akan terus menyinar di bumi Brno ini. Aminnnnn.....


bergambar di hadapan masjid Brno

Aku pun sempat merakamkan game futsal terakhir aku utk dijadikan kenang kenangan...yg pastinya main dengan mat salleh ni memang gile. takde out, takde subtitude, dari pukul 1 sampai 3 setengah...faedahnya aku fit gile....haha....time tu jela. dah balik Mesia ni pancit balik.


bergambar bersama team futsal


sedang menyerang


bertahan......

Lastly, semalam majlis perpisahan kami dengan lecturer. Malangnye gambar aku lupa nak ambil. Anyway thank you kepada semua lecturer yg mengajar aku, walaupun banyak yg aku tak paham....hehe. Esok pulak kami akan menginap di Prague beberapa hari sebelum berangkat ke Malaysia. Rancangnye nak g Vienna sebelum pulang ke Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan